fbpx

Gara-gara Bawa Ibu Beli Barang Dapur, Wanita Dikompaun RM4,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di 8 daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun disebalik pelaksanaan tersebut, masih ramai yang tidak mengetahui SOP terbaharu yang diumumkan MKN antaranya larangan keluar dari rumah melebihi dari seorang bagi setiap isi rumah di sebagai usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing.

Antaranya seorang wanita dari Subang Jaya ini yang telah membawa ibunya keluar untuk membeli barangan dapur di sebuah pusat membeli belah Mydin Hypermarket Mall di USJ 1, Subang Jaya.

Namun tindakan tersebut membuatkan wanita ini dan dan ibunya disaman RM2,000 setiap seorang oleh pihak berkuasa.

Perkara tersebut dikongsikan wanita berkenaan menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya.

Disaman di parkir Mydin

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, wanita berkenaan berkata dia bukan dikompaun sewaktu di SJR sebaliknya disaman oleh pihak berkuasa di kawasan parkir pusat beli belah berkenaan sebaik selesai membeli barangan dapur.

Dihentam netizem

Luahan tersebut ternyata mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen namun ramai dilihat tidak bersimpati dengan keadaannya memandangkan dia jelas telah melanggari SOP PKPD.

Ramai dalam masa sama turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada wanita tersebut memandangkan wanita dia telah membawa ibunya keluar sedangkan mereka seharusnya tahu yang wabak maut ini lebih mudah menyerang golongan yang sudah berumur.

Bukan untuk mengadu domba tapi sebagai peringatan kepada orang lain

Wanita berkenaan kemudian menjelaskan hantaran berkenaan bukanlah untuk mengadu domba sebaliknya lebih kepada memberikan amaran dan peringatan kepada orang ramai yang ‘terlepas pandang’ dan tidak peka dengan SOP baharu.

Ada ucap terima kasih kerana peringatannya

Ada juga yang berterima kasih kepadanya di atas perkongsian berkenaan kerana mereka sendiri tidak menyedari sudah terdapat SOP baharu ekoran dari pelaksanaan PKPD.

Baca untuk tahu perkara dibenarkan dan tak dibenarkan sepanjang PKPD di Selangor di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.