fbpx
Now Reading
‘Berdrama’ Menangis Minta Tolong, Wanita Ini Akhirnya Tertangkap Rancang Pembunuhan Suami

‘Berdrama’ Menangis Minta Tolong, Wanita Ini Akhirnya Tertangkap Rancang Pembunuhan Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kewujudan orang ketiga tidak dinafikan antara punca keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri hingga menyebabkan perceraian.

Namun siap sangka pengkahiran ini berbeza bagi pasangan dari Papua, Indonesia ini dimana rumah tangga mereka bukan setakat berakhir dengan penceraian sebaliknya berakhir dengan kematian si suami.

Pada mulanya disangka rompakan

Orang ramai pada mulanya menyangkan insiden membabitkan pasangan ini hanyalah disebabkan rompakan terancang.

Malah ianya dikuatkan dengan penularan video sewaktu insiden dimana si isteri Virgita Legina Hellu (VLH) dilihat meraung menjerit meminta tolong dan mendakwa dia dan suaminya Nasruddin atau Acik, seorang usahawan emas dirompak 4 lelaki ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Jayapura.

Menerusi video tersebut jelas dilihat si isteri menjerit cemas meminta orang ramai menolong suaminya yang cedera parah ditikam. Namun Acik yang parah dengan kesan tikaman di belakang leher akhirnya maut di tempat kejadian.

“Ia bukan rompakan tapi pembunuhan terancang” – Polis

Menurut laporan media tempatan, siasatan dari pihak polis bagaimanapun kemudiannya mendapati insiden tersebut bukanlah satu rompakan tapi sebaliknya pembunuhan terancang.

Lebih mengejutkan apabila si isteri yang sebelum ini dilihat meraung dan menangis teresak-esak didalam video tersebut rupanya hanya bersandirawa demi menutup rancangannya.

VLH yang curang, kemudiannya didapati terlibat dalam merancang pembunuhan tersebut bersama kekasih gelapnya, Mahdi (MM) seorang pemuda warga Afganistan.

MM sebelum itu berjaya ditahan pada 3 Julai lalu selepas cubaanya untuk meninggalkan negeri Papua berjaya dihidu polis.

Malah menurut polis, 4 ‘perompak’ sewaktu insiden berkenaan juga adalah orang upahan MM dan juga VLH yang dipercayai berasal dari Medan.

Mahdi

Siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan adalah untuk membolot harta peninggalan Acik yang banyak.

Sebaik mengetahui motif tersebut, polis kemudian bertindak mengesan VLH dan akhirnya berjaya menahan VLH yang sudah berada di Sulawesi Selatan pada 4 Julai sebelum diterbangkan kembali ke Kota Jayapura. Berita tersebut mengejutkan kaum keluarga Acik yang masih lagi bersedih di atas kehilangan lelaki itu.

Keluarga yang baru mengetahui kisah sebenar disebalik tragedi tersebut mula melampiaskan rasa tidak puas hati mereka ke VLH.

Malah ada dikalangan mereka menyifatkat wanita materialistik ini tidak sedar diri kerana Acik sebelum ini mengambilnya menjadi isteri disaat wanita itu tidak punya apa-apa malah dihantar untuk belajar, diberi kan kemewahan juga ditaja untuk pembedahan muka agar lebih cantik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.