fbpx
Now Reading
Selepas Berjaya Kuasai Kabul, Askar Taliban Dilihat Main ‘Bumper Car’ & Karusel Di Taman Tema, Siap Bawa Senapang [Video]

Selepas Berjaya Kuasai Kabul, Askar Taliban Dilihat Main ‘Bumper Car’ & Karusel Di Taman Tema, Siap Bawa Senapang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari ini, nama askar Taliban hangat diperkatakan di seluruh dunia ekoran dari rampasan kuasa yang dilakukan mereka di Afghanistan.

Bukan sahaja berjaya menakutkan Presiden Ashraf Ghani yang bertindak melarikan diri keluar negara, malah askbar Taliban berjaya menguasai keseluruhan Afghanistan hanya dalam masa 10 hari membuatkan ramai berpendapat askar kerajaan begitu rapuh dan terlalu bergantung pada tentera Amerika Syarikat sebelum ini.

Terbaru, nama askar Taliban sekali lagi menjadi topik hangat selepas mereka dilihat seolah meraikan kemenangan mereka menakluki ibunegara Kabul dengan bersuka ria disebuah taman tema.

Menerusi beberapa video tular yang dikongsikan di media sosial, askar Taliban dilihat seperti anak kecil apabila bermain dengan pelbagai jenis mainan disana antaranya bumper car, dan Karusel atau Merry-Go-Round

Lebih mencuri tumpuan apabila mereka turut dilihat lengkap dengan senjata di sisi meskipun sedang berhibur.

Seorang wartawan tempatan, Asaad Hanna pula berkongsi beberapa video akaun Twitternya menyaksikan askar pemberontak tersebut bermain dengan trampolin.

Menerusi satu lagi perkongsian beberapa tentera mereka turut dilihat mencuba fasiliti dan kemudahan gimnasium yang terletak di Istana Presiden yang baru dikuasai mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.