fbpx
Now Reading
Ngeri! Roller Coaster Di Taman Tema Sweden Tergelincir Dari Landasan, 1 Maut & 9 Cedera

Ngeri! Roller Coaster Di Taman Tema Sweden Tergelincir Dari Landasan, 1 Maut & 9 Cedera

Insiden itu menyebabkan 14 penumpang dipercayai terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa terhumban ke tanah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taman Tema merupakan lokasi yang menyeronokkan dan menghiburkan bagi sesetengah individu. Ini kerana terdapat pelbagai jenis permainan dan tarikan yang ditawarkan kepada pengunjung.

Pengunjung boleh menikmati tarikan yang ada seperti permainan air, taman haiwan, permainan yang esktrem seperti roller coaster, teater dan pelbagai tarikan lain yang disediakan.

Namun, keseronokan ini boleh dirampas sekiranya perkara buruk berlaku sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

Roller Coaster Tergelincir Dari Landasan

Malang bagi nasib pengunjung di sebuah taman tema di Sweden apabila sebahagian daripada badan roller coaster Jetline tergelincir dari landasan.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika roller coaster berkenaan sedang bergerak di landasan hingga menyebabkan 14 penumpang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa terhumban ke tanah.

Bunyi Kuat Dari Struktur Binaan, Roda Roller Coaster Tercabut

Malah, lebih malang lagi, seorang penumpang wanita berusia 35 tahun maut dalam kejadian berkenaan.

“Ini adalah tragik dan mengejutkan, lebih malang lagi, kami mengetahui bahawa seorang daripada mangsa meninggal dunia,” kata jurucakap, Grona Lund Cecilia Bjorling.

Seorang saksi kejadian, Jenny Lagerstedt memaklumkan, ketika insiden berkenaan berlaku, dia yang berada di tempat kejadian terdengar bunyi kuat yang dipercayai berpunca daripada struktur landasan berkenaan.

“Suami saya melihat roller coster berserta penumpang jatuh ke tanah,” katanya.

Saksi lain, Yasin Cahudry yang sedang beratur bagi permainan lain mendakwa dia ternampak roda roller coaster berkenaan mula tercabut ketika sedang bergerak.

Kejadian mengerikan ini telah menyebabkan sembilan lagi penumpang mengalami kecederaan secara keseluruhannya.

@tindrabroringenannan

Kommer inte åka den i framtiden iaf🙌🏻. #fyp #grönalund #olycka #fördig

♬ originalljud – 🙃

Menurut Menteri Kebudayaan Sweden, Parisa Likestrand menganggap insiden ini sebagai satu kejadian yang sukar untuk diterima.

“Fikiran saya bersama mereka yang terjejas serta keluarga dan orang tersayang mereka,” kata Liljestrand dalam kenyataan kepada agensi berita TT.

Taman Tema Grona Lund ini dipercayai akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu bagi tujuan siasatan.

Untuk info, roller coaster Jetline yang diperbuat daripada keluli boleh mencapai kelajuan sehingga 90 kilometer sejam dengan ketinggian 30 meter.

Ia juga merupakan salah satu tarikan di taman tema berkenaan yang sudah berusia 140 tahun itu dan telah menerima lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.

Baca Artikel Berkaitan: “Beritahu Ibu & Ayah Saya Sayang Mereka” – Remaja Maut Tercampak Dari Permainan Setinggi 121 Meter

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Kamikaze Ride’ Di Taman Tema

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.