fbpx
Now Reading
Abang Lifeguard Terjatuh & Join Turun Gelongsor Air Buat Ramai Terhibur [Video]

Abang Lifeguard Terjatuh & Join Turun Gelongsor Air Buat Ramai Terhibur [Video]

Entah bagaimana secara tiba-tiba, penyelamat itu terjatuh dan dilihat turut turun ke bawah bersama-sama dengan pelampung yang diduduki oleh kumpulan gadis itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taman tema air sering menjadi pilihan pengunjung terutama buat mereka yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil.

Ia juga sering menjadi pilihan buat golongan bujang sebagai alternatif kepada destinasi percutian seperti laut dan sungai.

Ini kerana bagi sesetengah orang, bercuti di taman tema air lebih selamat berbanding di sungai atau laut dengan adanya penyelamat (lifeguard) sekali gus menjamin keselamatan.

Abang Lifeguard Tergelincir, Siap Teman Pengunjung Sampai Bawah

Namun siapa sangka, penyelamat yang sepatutnya menjaga keselamatan dan kebajikan pengunjung kadang kala boleh berdepan dengan insiden yang tidak terduga kepada dirinya sendiri.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @fellaa77, kelihatan dia dan beberapa orang rakannya sedang bersedia untuk bermain gelongsor air gergasi di taman tema yang terletak di Bertam, Pulau Pinang.

Melalui hantaran video itu, kelihatan seorang penyelamat sedang memberi isyarat kepada wanita berkenaan untuk bersedia turun ke bawah sebelum pelampung mereka ditolak olehnya.

Malah, difahamkan lelaki itu turut meminta pengunjung wanita dan rakannya bersedia dengan kamera bagi tujuan merekod perjalanan mereka sepanjang berada dalam gelongsor tersebut.

Entah bagaimana secara tiba-tiba, lelaki itu terjatuh dan dilihat turut turun ke bawah bersama-sama dengan pelampung yang diduduki oleh kumpulan gadis itu.

Panik dengan apa yang berlaku, kumpulan gadis berkenaan cuba menahan pemuda itu dan menariknya ke atas daripada turut turun bersama namun gagal.

Insiden tersebut nyata mengundang tawa kumpulan berkenaan sehingga mereka dilihat ketawa tanpa henti sepanjang rakaman video tersebut.

“Tu laa bang, confident (yakin) sangat suruh tekan record (rakam),” tulis pemilik akaun berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@fellaa77

Tu laa bang confident sngt suruh tekan record 😂😂 HealingDenganKawan fyp bertam jatuh

♬ suara asli – cintaulamadanhabaib – nasehatulamadanhabaib

Ramai Warganet Terhibur Lihat Insiden Berkenaan

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet terhibur dengan aksi spontan penyelamat berkenaan yang dilihat terjatuh bersama-sama pengunjung ke dalam gelongsor gergasi itu.

Ada juga yang turut terhibur melihat tindakan kumpulan gadis berkenaan yang cuba berusaha menahan pekerja itu daripada turut sama-sama terjatuh.

Berikut antara komen warganet:

“Akak Yang Depan Tu Sunguh-Sungguh Na Tolak Abang Tu Tak Kasi Join”

“Mana Nak Cari Lifeguard Siap Bawak Tour Dalam Tu”

“Kalau Macam Ni, Aku Bayar Mahal Pun Tak Pe, Sepanjang Perjalanan Dia Boleh Explain”

“Sekurangnya Ada Hero Jaga Awak Semua Dalam Tu”

“Hahaha Tak Pasal Abang Tu Join Sekali”

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Terkejut ‘Turun’ Gelongsor Air Dengan Staf Bertugas, Rupanya GF Tertinggal Di Atas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Air Tiba-Tiba Takda Ketika Seronok Main Gelongsor Di Taman Tema, Aksi Individu Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.