fbpx
Now Reading
Marah Dipatuk, Lelaki Gigit Ular Berkali-kali Sampai Mati

Marah Dipatuk, Lelaki Gigit Ular Berkali-kali Sampai Mati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang marah selepas dipatuk ular bertindak diluar jangkaan apabila menggigit reptilia itu berkali-kali sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan terpencil di Odisha, India.

Difahamkan kejadian tersebut bermula sewaktu lelaki tersebut, Kishore Badra dari Kampung Gambharipatia,  yang baru habis bekerja sedang berjalan pulang ke rumah.

Namun didalam kegelapan malam, dia tiba-tiba terasa kakinya sakit seperti dicucuk. Lelaki berusia 45 tahun itu kemudiannya bertindak menyuluh ke bawah kaki dengan menggunakan lampu suluh sebelum mendapati terdapat seekor kraits berada tidak jauh dari kakinya.

Balas dendam dengan tangkap & gigit hingga mati

Foto sekadar hiasan Foto : Inaturalist

Yakin yang dia baru sahaja dipatuk, Kishore tiba-tiba menjadi sangat marah lalu nekad membalas dendam dengan menangkap ular berkenaan lantas mengiggitnya berkali-kali hingga mati.

“Saya berada sesuatu menggigit kaki saya sewaktu saya sedang berjalan kaki pulang ke rumah pada malam tadi. Saya (kemudian) menghidupkan lampu dan mendapati ia adalah ular katam yang berbisa.

“Demi membalas dendam, saya ambil ular itu dan gigitnya berulang kali sehingga ia mati secara serta merta” kata Kishore.

Enggan ke hospital

Foto sekadar hiasan Foto : Inaturalist

Dia kemudian membawa bangkai ular tersebut pulang ke dan menceritakan kejadian tersebut kepada orang kampung dan isterinya.

Khuatirkan keselamatannya, mereka kemudian meminta Kishore untuk segera ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan susulan namun lelaki tersebut enggan. Dia sebaliknya memilih bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan.

“Meskipun saya sudah menggigit ular berbisa, saya langsung tidak terkena apa-apa yang teruk. Saya sudah mendapatkan rawatan pada pengamal perubatan tradisional dan sudahpun pulih” katanya lagi.

Mengikut kajian, Snakebite Mortality in India: A Nationally Representative Mortality Survey. India merupakan negara paling tinggi kadar kematian membabitkan ular dia dunia dengan purata 58,000 kes setahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.