
Baru Nak Bersedih Hubungi Kawan Tak Berjawab Masa Motor Rosak, Sekali Bini Yang Datang Tolong
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Orang tua kata, waktu kita didalam kesusahan barulah kita tahu siapa yang akan setia dan tampil menolong kita.
Sejauh mana dan seakrab mana hubungan kita dengan rakan, belum tentu kesemua mereka dapat membantu kita ketika didalam kesusahan berbanding pasangan kita yang pasti ada di waktu susah juga senang.
Itu yang dialami seorang lelaki dimana dia mengalami nasib kurang baik apabila motosikalnya rosak di tepi jalan.
Difahamakan dia sebelum itu telah cuba menghubungi rakan-rakannya menerusi whatsapp untuk meminta bantuan, namun langsung tiada yang membalas sebaliknya hanya dibiarkan blue tick sahaja.
Namun nasibnya baik kerana si isteri pula yang kemudian tampil membantu
Bersidai tepi jalan tapi kawan-kawan tak dapat dihubungi
Menerusi video yang dimuat naik @angahidola di TikTok, dia pada mulanya sedang duduk di sebuah perhentian bas sambil kameranya terarah pada motornya yang rosak.
Dia kemudian mengalihkan kamera sebelum kelibat isterinya yang tersenyum dari kejauhan datang menghampiri menaiki sebuah lagi motosikal.
@angahidola moto jem call kawan2 tapi bluetick 😭😭nasib ad bini hihi 🥰#mypageforyou kekasih dunia akhirat#fypdongggggggg #viraltiktok
♬ original sound – farhanaasri – fana
Dari sedih jadi bahagia
Mungkin bersedih gagal menghubungi rakan-rakannya, pemuda ini bagaimanapun terharu apabila orang yang muncul menghulurkan bantuan adalah isterinya sendiri.
“Motos sangkut, hubungi kawan-kawan tapi blue tick. Nasib ada bini. Kekasih dunia akhirat” tulisnya sebagai kapsyen
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian orang ramai dengan rata-rata mereka dilihat tumpang gembira melihat kebahagian pasangan tersebut.
Ramai yang turut menitip pesan agar dia menjaga isterinya dengan baik.
Menerusi maklumbalas di ruangan komen, difahamkan pasangan ini baru sahaja berkahwin beberapa hari lalu.



