fbpx
Now Reading
Polis Jumpa Resit Wang Sumbangan Lebih RM 80K Selepas Ketua Ajaran PMYT Ditahan

Polis Jumpa Resit Wang Sumbangan Lebih RM 80K Selepas Ketua Ajaran PMYT Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu media sosial hangat memperkatakan mengenai satu ajaran yang disifatkan sesat dan menyeleweng iaitu Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang diketuai seorang wanita, Sittah Annur, 39.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya nyata mengejutkan orang ramai apabila dia meeramalan Perang Dunia Ketiga akan tiba tidak lama lagi dan akan bermula di Sabah.

Isu tersebut bukan hanya menarik perhatian netizen malahan turut mendapat perhatian dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan pihak polis hingga menyebabkan penahannya di Shah Alam.

Menurut laporan Harian Metro, ekoran dari penahanan dan serbuan yang dibuat rumahnya, pihak polis telah menemui sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42.

Selain itu mereka turut merampas bersama adalah lima telefon pintar, sekeping kad bank dan sepasang telekung yang dipercayai digunakan beliau sewaktu membuat Facebook Live.

Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.”

“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Direman 4 hari

Wanita berkenaan kini akan direman selama empat hari iaitu sehingga 7 September 2021.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut memaklumkan pihak mereka sedang menjalankan siasatan terhadap  Facebook  Sittah Annur  ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran  PMYT.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad S.A.W.”

“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.