fbpx
Now Reading
“Ia Jam Buruj, Senang Tahu Waktu Solat “- Menteri Agama Nafi Guna Jam Rolex Seperti Dakwaan Siti Kassim

“Ia Jam Buruj, Senang Tahu Waktu Solat “- Menteri Agama Nafi Guna Jam Rolex Seperti Dakwaan Siti Kassim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular dimedia sosial satu paparan tangkap layar dari akaun Twitter milik peguam Siti Kasim yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Idris Ahmad memakai jam mewah berjenama Rolex.

Menerusi kenyataan tersebut Siti Kassim pada mulanya memppersoal tag nama Jawi yang digunakan Ustaz Idris sebelum menyentuh mengenai jam yang dipakainya yang menurutnya adalah dari jenis Rolex.

Bukan Rolex tapi jenama Buruj

Tidak melenting dengan dakwaan tersebut, Idris menerusi satu hantaran kemudiannya menjelaskan jam tersebut bukanlah jam mewah seperi yang didakwanya peguam berkenaan sebaliknya sebuah jam pelbagai fungsi dari jenama Buruj.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat.

Beliau menerusi perkongsian sama turut berkongsi foto jam tersebut dari jarak dekat.

Jawapan yang diberikan Idris nyata menarik perhatian netizen yang menyifatkan Siti Kassim sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada beliau.

Ramai netizen kemudiannya meminta Siti Kassim untum membuat permohonan maaf kepada Idris.

Jadi bahan promosi di Facebook

Siapa sangka dakwaan tersebut kemudian melonjakkan nama jenama berkenaan di media sosial. Malah syarikat jam tersebut turut menggunakan isu berkenaan untuk mempromosikan jam mereka.

Hanya berharga Rm279 & sold out dalam sehari

Jam tersebut yang difahamkan dari model Adam& Hawa tidaklah semaham mana sebaliknya hanya dijual dengan harga RM279.

Lebih mencuri tumpuan, ekoran dari topik panas tersebut ianyalah telah habis dijual hanya dalam sehari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.