Terlalu Benci Rasuah, Ini Kisah Bekas Menteri Afghanistan Sanggup Letak Jawatan & Kini Bergelar Rider Makanan Di Jerman
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui konflik yang berlaku di Afghanistan baru-baru ini ekoran kejayaan tentera Taliban menguasai Afghanistan selepas hampir 2 dekad menanti saatnya.
Selepas beberapa minggu berunding sambil diperhatikan seluruh dunia, Taliban pada selasa lalu telah mengumumkan melantik Mullah Mohammad Hassan Akhund sebagai ketua kerajaan baharu selain beberapa lagi pemimpin mereka meyertai kabinet.
Namun topik kali ini bukan lah mengenai mereka, tapi mengenai seorang bekas menteri Afghanistan iaitu Syed Saadat di era Presiden, Ashraf Ghani yang baru-baru ini telah melarikan diri selepas tentera pemberontak itu menguasai Kabul.
Sudah setahun tinggalkan Afhanistan atas dasar prinsip
Tahukah anda, Syed Saadat juga sama seperti Ashraf Ghani sudah meninggalkan negara tercinta disebabkan politik.
Namun pemergiannya bukanlah disebabkan penguasaan kembali Taliban sebaliknya dia sudah pergi setahun lebih awal kerana prinsip hidupnya, seorang anti rasuah dan berintegrtii.
Difahamkan bekas Menteri Telekomunikasi Afghan ini memilih meletakkan jawatannya gara-gara terlalu penat dengan rasuah dan korupsi yang berlaku didalam kerajaan di eranya.
Bukan itu sahaja, dia juga kerap bertelagah dengan rakan kabinet dan kepimpinan di bawah presiden ketika itu yang lebih mementingkan kehendak pihak tertentu, termasuklah golongan ‘kroni’ berbanding projek-projek rakyat.
Lebih teruk, dia turut mendakwa turut ditekan oleh mereka termasuklah oleh presiden sendiri kerana prinisip dan pendiriannya.
Memilih untuk mengubah haluan dan cara hidup , Sadaat kemudiannya nekad meninggalkannya Afghan dan berhijrah ke Leipzig, Jerman.
Memiliki dua kerakyatan iaitu British-Afghan
Namun sebelum pergi jauh, Sadaat sebenarnya memegang dua kerakyatan iaitu British dan Afghanistan. Justeru dia sebenarnya layak untuk pulang ke England yang dari dahulu merupakan rumahnya, namun dia merasakan Jerman adalah destinasi yang paling sesuai dituju olehnya untuk memulakan kehidupan yang baru.
Ada 2 ijazah dari Universiti Oxford
Bukan itu sahaja, Sadaat juga bukanlah orang biasa-biasa sebaliknya mempunyai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang begitu hebat.
Selain mempunyai dua ijazah sarjana iaitu Telekomunikasi dan juga IT dari Universiti Oxford, bekas Menteri ini juga pernah berkidmat dengan lebih 20 syarikat di 13 negara berbeza.
Dari 2005 – 2013 dia menjawat jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kementerian Informasi dan Komunikasi Afghanistan sebelum meninggalkan posisi tersebut dan menyertai syarikat lain sebelum akhirnya pulang ke UK pada 2016 dan bergelar CEO kepada syarikat telekomunikasi Ariana Telecom di London, UK selama 2 tahun.
Kekangan bahasa diJerman
Namun berbekalkan reputasinya gah nya, dia masih menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan di Jerman kerana dia tidak mahir dengan bahasa tempatan.
Demi meneruskan kehidupan, dia kemudian memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan dengan syarikat p-hailing, Lieferando selama 6 jam setiap hari.
Hasil dari berpanas dan ‘berhujan’, dia berjaya meraih €15 (RM73) setiap jam atau €90 (RM440) setiap hari, cukup-cukup makan untuk menampung kehidupannya disana.
Hadir kelas bahasa Jerman setiap pagi
Dia dalam masa sama turut menghadiri kelas Jerman setiap 4 jam sehari sebelum mengayuh basikal menghantar makanan bagi memastikan dia mampu menguasai bahasa tersebut bagi memudahkan urusannay disama.
Langsung tidak malu mencari rezeki di jalanan
Malah dia juga berbeza dengan ahli ahli politik lain dimana dia langsung dia langsung tidak berasa malu untuk mencari rezeki di jalanan dan bergelar penghantar makanan di negara orang.
Jelas Sadaat dia optimis akan bangkit selain menyasarkan peranan sebagai penasihat kerajaan Jerman pada satu hari nanti, sekaligus dapat membantu rakyat Afghanistan yang menetap di Jerman.