fbpx
Now Reading
Dikecam Kerana Beri Info Tak Benar Tentang Nasi Lemak & Isu LGBTQ Di Malaysia, Kopitiam di New York Minta Maaf

Dikecam Kerana Beri Info Tak Benar Tentang Nasi Lemak & Isu LGBTQ Di Malaysia, Kopitiam di New York Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu tular di media sosial satu perkongsian pelakon Tiz Zaqyah mengenai satu video komentari makanan oleh laman Food Insider yang menemubual sebuah kedai kopitiam yang menyajikan makanan Malaysia di New York.

Namun menerusi video tersebut mereka dilihat menyajikan nasi lemak yang sedikit berbeza dimana ianya dihidang didalam mangkuk dan menggunakan chop stick.

Bukan itu sahaja pengusaha restoran terbabit turut memaklumkan yang nasi lemak dibuat daripada nasi putih biasa, walhal nasi lemak kebanyakannya menggunakan beras yang diadun dengan santan

Namun apa yang mengejutkan orang ramai apabila temubual tersebut turut mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai komuniti LGBTQ di Malaysia.

Seorang dari mereka iatu Kyo difahamkan sedang meminta suaka di sana kerana kenyataan tersebut menulis menjadi gay adalah satu kesalahan besar di Malaysia.

Bukan itu sahaja rakan kongsinya turut mendakwa golongan LGBTQ di tindas dan akan dihukum gantung.

Berang dengan isu tersebut ramai mula dilihat meninggalkan komen pada video asal yang dikongsikan akaun Food Insider.

Tampil hubungi Tiz Zaqyah

Teruk dikecam, pemilik restoran, Kyo Pang kemudiannya tampil menghubungi Tiz Zaqya dan memohon maaf diatas kesilapan mereka memberi informasi yang salah sewaktu temubual berkenaan.

Menurutnya rakan kongsinya yang memberikan maklumat salah tentang LGBTQ di Malaysia kini tidak lagi terlibat dengan perniagaan berkenaan. Bukan itu sahaja dia juga sebenarnya bukan seorang rakyat Malaysia.

Menurut Tiz lagi, mereka juga sudah meminta Insider untuk membawa turun video berkenaan dan sekali lagi menjelaskan salah faham tersebut tidak disengajakan.

Permohonan maaf tersebut turut dikongsikan Kopitiam New York di instagram mereka.

Mereka menerusi permohonan maaf tersebut turut memohon maaf kerana mengatakan nasi lemak dibuat dari nasi putih selain ianya harus dimakan dengan sudu dan bukan chop stick.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.