Now Reading
“Baru Puas Makan”- Video Sekumpulan Remaja Bawa Periuk Nasi Ke KFC Undang Dekah Ramai

“Baru Puas Makan”- Video Sekumpulan Remaja Bawa Periuk Nasi Ke KFC Undang Dekah Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa je yang tak suka makan KFC, mesti ramai yang suka kan? Melihat iklannya sudah cukup membuatkan kita terbayangkan ayam gorengnya yang enak.

Dengan rasanya yang ‘cukup’ dan sempurna, ramai yang turut menjadikan ayam goreng KFC sebagai lauk untuk dijamah bersama dengan nasi.

Namun sekumpulan pemuda dipercayai dari Sabah mencuri tumpuan apabila tular video memperlihatkan mereka selamba membawa periuk nasi di sebuah rangkaian restoran berkenaan/

Dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @tengkuhahaha, video tersebut pada mulanya memaparkan seorang pemuda mengeluarkan periuk nasi yang disorok didalam sebuah beg.

Dengan wajah girang, seorang demi seorang rakannya menghampiri untuk mengambil nasi yang telah siap ditanak dari rumah.

@tengkuhahaha

HAHAHAHA meriahnya

♬ Yamet Kudasi – @dewiismah

Perkongsian tersebut nyata mengundang tawa netizen yang terhibur dengan gelagat mereka.

Ramai yang bersetuju susah untuk meninggalkan nasi yang sudah menjadi makanan ruji mereka. Ada juga yang tampil mengakui pernah membuat perkara sama sewaktu di zaman belajar dahulu.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.