fbpx
Now Reading
“Aku takde kena mengena..” – Adik Sajat Luah Rasa Kecewa Terpaksa Hadap Masalah Abang

“Aku takde kena mengena..” – Adik Sajat Luah Rasa Kecewa Terpaksa Hadap Masalah Abang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui usahawan dalam buruan, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini sudah berada di Australia.

Perkara itu dikongsikan sendiri usahawan berkenaan selepas tampil menerusi satu IG live dua hari lalu.

Namun pemergiannya kesana selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi pastinya memberikan kesan kepada ahli keluarga usahawan itu khususnya adik perempuannya, Nur Mustika.

Terbaru, selepas sekian lama memendam perasaaan gara-gara menjadi ‘lubuk’ orang ramai melepaskan geram di atas segala tindak tanduk usahawan itu, Mustika atau lebih mesra dengan panggilan Ika tampil meluahkan rasa kecewanya di Instagram

Mengakui terbeban dengan tindakannya usahawan berkenaan, Ika turut mendedahkan Sajat langsung tidak pernah meminta maaf sedang nama dan reputasinya juga sudah terjejas.

Aku tak de kena mengena dengan perbuatan Sajat

“Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan sajat. Dia tak peduli sesiapa, buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia. Tapi dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ni.

“Dia tingalkan nama buruk dan tanpa di beri pilihan aku kene tanggung? Anak, reputasi busuk dan dia tak penah nak mintak maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media haritu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung,” katanya.

Kesan negatif boleh timpa anak aku

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa khuatirnya dengan nasib anak kandungnya di masa hadapan dengan tindakan pakciknya itu.

Malah dia turut risau selepas ada media tersalah menggunakan gambarnya yang diingatkan sebagai Sajat.

“Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku pula. Macam mana dia nak ke sekolah? Kuatkah dia bila org cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia?” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.