fbpx
Now Reading
Program TV Di China Dikecam Hebat Gara-gara Tiru Squid Game

Program TV Di China Dikecam Hebat Gara-gara Tiru Squid Game

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Drama bersiri Korea yang ditayangkan di Netflix, Squid Game benar-benar menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Jalan ceritanya yang tidak klise selain dibarisi pelakon yang begitu mantap membuatkan berjaya drama thriller ini berjaya menduduki tempat pertama di pelbagai negara sejak ianya mula ditayangkan.

Namun siapa sangka kejayaan drama tersebut menyebabkan sebuah platform penstriman di China dikritik hebat-hebat selepas orang ramai mendakwa mereka telah meniru bulat bulat dengan menerbitkan drama yang dikatakan hampir serupa, malah judul yang hampir sama iaitu Squid Victory.

Difahamkan isu tersebut mula timbul selepas platform penstriman Youko yang mempunyai 90 juta pelanggan di China mengiklankan sebuah rancangan permainan tersebut.

Netizen dakwa bukan sahaja nama hampir sama malah isi kandungan dan poster hampir sama.

Bukan sahaja meniru isi kandungan, malah netizen disana turut mendakwa rancangan tersebut turut menghasilkan reka bentuk poster yang hampir sama drama bersiri popular dari Korea Selatan tersebut.

Difahamkan Squid Victory juga mengisahkan mengenai peserta yang perlu mengambil bahagian dalam permainan kanak-kanak secara berskala besar dengan ganjaran yang lumayan.

Beberapa persamaan tersebut menyebabkan ramai netizen disana meluahkan rasa marah mereka selain menyifatkan ianya satu perkara yang memalukan.

Tukar nama baru

Kritikan demi kritikan akhirnya menyebabkan Youku mengubah nama program tersebut ke Game Victory kebetulan pada hari sama ia dilancarkan.

“Kami telah melakukan kesilapan. Ada kekeliruan dimana kami telah menggunakan reka bentuk awal yang sudah tidak lagi digunakan. Kami mohon maaf atas salah faham ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.