Canggih! Pengemis Di China Kini Hanya Guna QR Pay Untuk Terima Sedekah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bunyinya macam tak logik dan kedengaran terlalu canggih bukan? Namun itulah yang sudah dipraktikkan di China dimana pengemis disana kini sudah mula menerima sedekah hanya dengan menggunakan QR Pay.
Sudah mula dipraktikkan sejak beberapa tahun lau, kaedah tersebut semakin meluas sejak penularan pandemik di sana setahun yang lalu.
Malah boleh dikatakan pengemis disana sudah pun melupakan cara tradisional untuk mengemis iaitu dengan meminta wang tunai.
Mereka lebih cenderung menggantung tag yang memaparkan kod QR aplikasi e-waller khususnya dari dua aplikasi popular disana iaitu WeChat Pay dan juga AliPay.
Menerusi TikTok, seorang penggunanya Syaiful Idzham, telah berkongsi video suasana memperlihatkan pengemis disana menerima sedekah hanya dengan menggunakan QR Pay.
@daddyepul Negara kita belum sampai lagi level ni.
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen dilihat kagum dengan perkongsian tersebut. Malah ramai mengatakan tiada lagi alasan untuk tidak menderma disana selepas ini.
Malah carian kami di Twitter, seorang pengguna Twitter telah berkongsi pengalamannya di hampiri seorang pengemis di Shanghai, China pada tahun 2019 dimana dia menjelaskan dia tidak mempunyai wang ditangan kerana rata-rata orang tidak lagi membawa wang tunai semasa keluar.
Sebaik mendengar ‘alasan’ yang diberikan lelaki tersebut, pengemis tesebut kemudian terus menghulurkan kod QR WeChat untuk menerima sumbangan dari lelaki berkenaan.
Malah ramai yang turut berkongsi pengalaman hampir sama mengenai perkara tersebut.