
Tragedi Malam Halloween, Lelaki Pakai Kostum ‘Joker’ Bakar Kereta Api & Tikam Penumpang Sebabkan 17 Tercedera [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umpama filem seram, seorang lelaki di Jepun yang berpakaian seperti watak villain, ‘Joker’ dari filem Batman telah menyerang para penumpang sebuah tren di Tokyo, Jepun.
Dalam kejadian pada petang ahad, lelaki berkenaan berusia 24 tahun itu difahamkan telah menyerang para penumpang didalam sebuah tren yang sedang bergerak di laluan kereta api Keio Line menuju ke pusat bandar dipercayai untuk ke perhimpunan Halloween.
Bukan setakat menikam para penumpang, si ‘Joker’ yang dikenali sebagai Kyota Hattori turut membakar gerabak berkenaan hingga mencetuskan suasana yang begitu panik baik didalam juga diluar tren tersebut.
Malah dia difahamkan turut melemparkan asid hidroklorik kearah orang awam.
Tindakan lelaki tersebut menyebabkan 17 pengguna kereta api cedera dimana seorang mangsa, warga emas berusia 60 tahun cedera parah selepas ditikam.

Video insiden turut tular di media sosial selepas ianya berjaya dirakam oleh beberapa penumpang didalam tren tersebut.
Menerusi video tersebut orang ramai dilihat bertempiaran lari ke satu kawasan tren dipercayai untuk menyelamatkan diri sebelum satu letupan kecil berlaku didalam tren berkenaan.
A 24-year-old man dressed in Batman's Joker costume attacked passengers on a Tokyo train line, injuring 17 people as many partygoers headed into the city center for Halloween gatherings https://t.co/CR9J5sM6eY pic.twitter.com/Eg7pNmLoaK
— Reuters (@Reuters) October 31, 2021
“Saya ingatkan ia hanyalah satu persembahan untuk Halloween. Namun kemudiannya, saya terlihat seorang lelaki berpakaikan Joker menuju ke arah kami sambil menghayunkan pisau panjang yang mempunyai kesan darah,” kata salah seorang saksi.
Suspek dirakam santai hisap rokok sambil silang kaki dalam tren
Turut tular sebuah video memperlihatkan Kyota Hattori santai dan tenang dengan duduk bersilang kaki didalam tren sambil menghisap rokok selepas insiden berkenaan walhal dia ketika itu sudah dikelilingi puluhan pihak berkuasa yang mengepung gerabak berkenaan.
🚨 #BREAKING – #Tokyo | #Japan#UPDATE on the Keiō train station attack
— Mr.Mugen (@iam_mugen) October 31, 2021
Video shows the alleged attacker moments before he attacked people on the train with a knife and tried to set the train on fire. Reports are saying he was dressed as “the Joker”pic.twitter.com/qD9aphzBtn
Suspek akhirnya berjaya ditangkap pihak berkuasa & mengaku mahu dihukum mati
Dia akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa sejurus selepas insiden berlaku. Meskipun belum dapat dipastikan apakah motifnya, lelaki tersebut mengakui dia memang meminati watak Joker.
Bukan itu sahaja, media tempatan melaporkan dia juga mengakui sengaja berbuat demikian dan membunuh orang lain untuk dijatuhkan hukuman mati.
京王線車内で塩酸液体まき火が出た事件でホームドアで容疑者身柄確保の瞬間ってこれか
— マスターバード 〽️ (@Master_Bird_) October 31, 2021
pic.twitter.com/l3mTMwj8BD