2 Tahun Terkandas & Beperang Lawan Covid-19 Di Singapura, Jururawat Sebak Akhirnya Dapat Pulang Ke Malaysia
Tuhan je yang tahu perasaan dia dapat pulang berjumpa keluarga..
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia sejak 2 tahun lalu sememangnya memberikan impak yang besar kepada hampir seluruh penduduk dunia.
Sebagai usaha mengekang penularan yang lebih dahsyat kebanyakan kerajaan di dunia memilih menghalang sebarang aktiviti rentas negeri selain menutup terus sempadan negara mereka, tidak terkecuali negara kita, Malaysia dan negara jiran, Singapura.
Namun kelonggaran sedikit demi sedikit diberikan oleh banyak kerajaan didunia ekoran kejayaan mereka menepati sasaran majoriti penduduk divaksinasi menyebabkan keadaan beransur- ansur menjadi pulih.
Jika dahulu ramai yang mengeluh dan hanya dapat memendam rasa untuk pulang bertemu keluarga, kini ramai yang sudah boleh menarik nafas lega apabila larangan merentas negeri ditarik balik dan sempadan negara juga sudah kembali dibuka.
Begitulah juga yang dirasakan seorang jururawat warganegara Malaysia yang bertugas di sebuah hospital Singapura apabila dia akhirnya dapat kembali ke negara selepas hampir 2 tahun terkandas dan bergelut memerangi pandemik Covid-19 di sana.
Menerusi TikTok, Tracy telah berkongsi video yang dirakamnya sewaktu dalam perjalanan pulang hinggalah saat ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, Sarawak.
Menerusi video tersebut, jelas Tracy yang sebak tidak dapat menahan air matanya dari menitis semasa berada didalam kapal terbang kerana terlalu gembira dan masih tidak percaya dimana hasratnya untuk pulang ke negara tercapai.
“Kamu berjaya Tracy”
@trcyjntm you made it, tracy ❤️
♬ To the Bone – Pamungkas
Disebabkan kamu, saya dapat pulang ke rumah
Video tersebut kemudiannya turut dikongsikan Tracy ke akaun Twitternya hingga menarik perhatian ramai.
Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menjayakan program imunisasi kebangsaan hingga negara berjaya mencapai immuniti kelompok sekaligus memudahkan dia untuk terbang pulang ke kampung halaman.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil vaksinasi. Disebakbkan kamu, saya kini dapat pulang ke kampung halaman” ciapnya di Twitter.
Menjengkah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat gembira dan tersentuh dengan perkongsian tersebut. Ramai yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat pulang kepada wanita berkenaan dan ramai lagi rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di luar negara.
Turut dapat ucapan terima kasih dari rakyat Singapura
Yang menariknya, netizen dari Singapura turut mencuri peluang melahirkan rasa terima kasih mereka kepada Tracy kerana telah memainkan peranan dalam memerangi pandemik itu di negara mereka.