fbpx
Now Reading
Akhirnya! All-New City Hatchback Sudah Dibuka Untuk Tempahan

Akhirnya! All-New City Hatchback Sudah Dibuka Untuk Tempahan

Mesti ramai yang dah tak senang duduk nak tunggu pelancarannya kan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar Oktober lalu, Honda Malaysia telah berkongsi video teaser Honda City Hatchback kepada orang ramai. Ia sekaligus mengesahkan desas desus yang model tersebut akan dibawa masuk bagi menggantikan Honda Jazz untuk pasaran tempatan.

Video tersebut kemudian disusuli dengan satu lagi video ringkas berdurasi 10 saat memperlihatkan reka bentuk model hatchback segmen-B secara dekat.

Meskipun ringkas, video tersebut membuatkan ramai tidak senang duduk memandangkan model tersebut sudah mempunyai peminatnya sendiri di dalam negara.

Terbaharu, selang beberapa minggu, Honda Malaysia telah berkongsi satu lagi video. Namun bezanya kali ini video Hatchback RS tersebut lengkap dengan ciri dan spesifikasi untuk pasaran tempatan.

Dapat dilihat antara ciri yang diperkenalkan ialah Honda Sensing, fungsi penghidup enjin dan aircond menggunakan mesin kawalan jauh, selain ‘Ultra Seats’ bagi menggambarkan keluasan tempat duduk mereka kerana boleh dilipat.

Kesemua ciri teknologi ini dilihat sebagai membuktikan kelebihan yang mereka miliki berbanding pesaing terdekat mereka, Toyota Yaris.

Selain itu video tersebut turut memperlihatkan fungsi LaneWatch, Honda Sensing, bersama brek parkir elektronik.

Tidak dilupakan penghawa dingin untuk tempat duduk belakang! Ok ini cool bukan?

Sudah boleh ditempah

Yang menariknya, Honda Malaysia menerusi laman web rasmi turut memaklumkan model berkenaan sudah boleh ditempah oleh orang ramai.

Difahamkan, All-New City Hatchback ini ditawarkan dalam dua versi iaitu e:HEV dan Petrol.

Bagi model RS e:HEV, ia akan dikuasakan dengan 1.5L Sports Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) manakala versi Petrol pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC.

Memandangkan kita sudah menghampiri penghujung tahun, kami menjangkakan model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat kerana Honda sebelum ini sudah memberi bayangan yang ia akan dilancarkan pada suku keempat 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.