
Sistem E-mel FBI Digodam, Hantar Lebih 100 Ribu Mesej Spam Berbentuk Amaran Palsu
FBI kemudian menjelaskan sudah sedia maklum dan akan menambahbaik sistem mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja Federal Bureau of Investigation (FBI), pasti semua orang sudah terbayangkan reputasi hebat agen mereka baik di lapangan mahupun dalam dunia siber.
Malah mereka pada bulan lalu dengan kerjasama beberapa agensi sekuriti di Amerika Syarikat (AS) seperti US Cyber Command berjaya menggodam rangkaian yang dimiliki oleh kumpulan penggodam yang dikehendaki, Dark Side hingga tertangkapnya beberapa ahli kumpulan mereka.
Namun siapa sangka, beberapa hari lalu sistem e-mel milik FBI yang dikatakan antara yang tercanggih pula telah digodam.
Insiden tersebut menyebabkan lebih 100,000 e-mel dengan amaran palsu telah dihantar kepada penerima hingga menimbulkan kegusaran pada orang ramai.

Difahamkan insiden itu mulanya berjaya dikesan oleh organisasi perisikan ancaman antarabangsa, Spamhaus Project yang menyedari e-mel tersebut mengandungi amaran palsu mengenai ancaman serangan siber oleh Vinny Troia.
Kandungan e-mel tersebut turut menyebut bahawa Troia mempunyai penglibatan dengan satu lagi kumpulan penggodam, The Dark Overlord.
These fake warning emails are apparently being sent to addresses scraped from ARIN database. They are causing a lot of disruption because the headers are real, they really are coming from FBI infrastructure. They have no name or contact information in the .sig. Please beware!
— Spamhaus (@spamhaus) November 13, 2021
Namun realitinya beliau adalah seorang Penyelidik Sekuriti dan usahawan yang mempunyai syarikat keselamatan laman web sendiri iaitu NightLion dan Shadowbyte.
Menurut Bleeping Computer, usaha ini dilakukan sebagai cubaan untuk memfitnah dan menjatuhkan reputasi Troia.
Mereka berpendapat insiden tersebut didalangi seorang penggodam yang digelar ‘Pompompurin’.
FBI menerusi satu kenyaatan kemudian menjelaskan sudah sedia maklum mengenai insiden tersebut dan memaklumkan akan menambah baik sistem mereka.
Mereka dalam masa sama turut menjelaskan godaman berkenaan bagaimanapun tidak berjaya menembusi mana-mana data yang terdapat pada rangkaian mereka.
#FBI Statement on Incident Involving Fake Emails @CISAgov https://t.co/pkF8qtAeH1 pic.twitter.com/Wg4cOerFpE
— FBI (@FBI) November 14, 2021

Mereka difahamkan sudah menarik kembali kesemua perkakasan yang telah digodam untuk berfungsi secara offline sementara menunggu siasatan dilakukan.
Foto header: ScreenRant