fbpx
Now Reading
“Itu Fitnah” – Isu Gesa Makan Itik, KPDNHEP Buat Laporan Polis

“Itu Fitnah” – Isu Gesa Makan Itik, KPDNHEP Buat Laporan Polis

“Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah” – Nanta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu kenyataan berbaur hasutan yang kononnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggesa orang ramai untuk makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Nanta sendiri yang tampil menafikan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau isu ini dipandang serius oleh beliau dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana ia bukannya satu isu yang boleh dipermainkan.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga KPDNHEP amat mengambil serius isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat. Sebagai menteri, tentunya saya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini,” kata Nanta.

KPDHEP buat laporan polis

Terbaharu, KPDNHEP difahamkan sudahpun membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nanta kepada media.

“Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.

“KPDNHEP membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.