Perkhidmatan gergasi media sosial di bawah jaringan META iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram dilaporkan mengalami gangguan di seluruh dunia.
Kebanyakan pengguna WhatsApp mendapati cubaan mereka menggunakan aplikasi perbualan tersebut beberapa kali terganggu dan hanya menunjukkan tanda sambungan atau connection selain tiada mesej masuk atau keluar.
Manakala pengguna Facebook dan Instagram melaporkan dapat menggunakan aplikasi tersebut namun tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi berkenaan, namun ramai merasakan ianya mungkin disebabkan gangguan terhadap sistem pelayan.
Menerusi pemerhatian kami, ramai yang turut berkongsikan perkara berkenaan di laman Twittter.