fbpx

Tular Tangkap Layar Tempah Kek 4 Pagi, Pelanggan & Peniaga Sudah Bermaafan

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, mereka yang sudah bermaafan kemudian dilihat meneruskan urusan perniagaan seperti biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu tangkap layar perbualan WhatsApp di antara seorang pelanggan dan peniaga kek.

Mula dikongsikan oleh peniaga kek itu sendiri iaitu Cef As di akaun Facebook miliknya, posting berkenaan kemudian mula tular selepas dikongsikan oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Ini kerana pelanggan berkenaan dilihat telah menghubungi Cef As atau nama betulnya Siti Nur A’shikin Sadikun pada jam sekitar 4 pagi untuk membuat tempahan. Bukan setakat bermesej, malah dia juga telah dilihat membuat dua panggilan menerusi aplikasi berkenaan.

Tindakannya selain respon balas yang diberikan Cef As di dalam tangkap layar tersebut menjadi topik hangat apabila ada segelintir netizen yang memihak kepadanya dan ada juga yang memihak kepada peniaga kek tersebut.

Terbaharu, Kosmo melaporkan isu berkenaan sebenarnya sudah pun diselesaikan apabila kedua-dua mereka sudah memohon maaf dan berbaik sesama sendiri.

Malah mereka berdua langsung tidak mempunyai masalah sebaliknya urusan perniagaan berjalan seperti biasa.

Niat berkongsi hanya untuk orang ramai fahami privasi peniaga

Tambah Cef As, niatnya berkongsi perkara berkenaan hanyalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa peniaga juga memerlukan privasi dan waktu berehat sendiri selepas seharian bekerja.

“Deringannya panjang dan bila tak angkat, dia hubungi sekali lagi. Ia membuatkan saya terkejut dan terus bangun tidur.

“Saya ingatkan ada hal kecemasan, kematian atau panggilan mustahak daripada keluarga tetapi bila tengok WhatsApp, pelanggan itu tanya adakah saya buat kek,” kata Cef As menjelaskan punca dia memuat naik perkara berkenaan kepada Kosmo.

Menerusi laporan tersebut, Kosmo turut berkongsi tangkap layar permohonaan maaf menerusi WhatsApp membabitkan pelanggan dan peniaga berkenaan.

Pelanggan & peniaga minta maaf

“Maaf kan apa akak pasal semalam ya,” tulis pelanggan berkenaan.

Ia kemudian diikuti dengan permohonan maaf dari Cef As yang memakluman panggilan seawal pagi itu membuatkan dia sedikit terkejut kerana mempunyai ibu yang uzur.

“Ok kak, saya pun minta maaf juga. Saya ada emak yang uzur jadi bila dapat panggilan tengah malam memang berdebar,” kata Cef As.

Mereka kemudian dilihat meneruskan urusan perniagaan seperti biasa.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.