fbpx
Now Reading
‘Insiden Pengunjung Abai SOP Berlaku Spontan, Bukan Atur Cara’ -Penganjur

‘Insiden Pengunjung Abai SOP Berlaku Spontan, Bukan Atur Cara’ -Penganjur

Tambah mereka, penganjur bersama pasukan Rela kemudian mengambil tindakan segera dengan meleraikan dan meminta pengunjung beredar dengan serta-merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video TikTok memperlihatkan aksi sekumpulan individu di program Riuh Ek!’, di Ayer Hitam, Johor yang dilihat jelas mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menari dan berhibur dalam keadaan tanpa penjarakan fizikal.

Bukan sahaja mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen, Polis Johor kemudiannya memaklumkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu.

Mereka dalam masa turut menegaskan akan mengambil tindakan terhadap individu terlibat berdasarkan lunas undang-undang.

Baca artikel berkaitan : Tular Video Konsert Abai SOP Di Johor, Polis Siasat & Akan Ambil Tindakan

Terbaharu, MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) sebagai agensi di bawah KKMM yang dipertanggungjawabkan ke atas program itu tampil menjelaskan situasi sebenar yang terjadi.

MyCV menerusi satu kenyataan memaklumkan insiden yang tular sebenarnya berlaku secara spontan oleh pengunjung. Malah ia bukanlah sebahagian daripada atur cara pihak penganjur, lapor Bernama.

“Pihak penganjur bersama pasukan Rela sudah mengambil tindakan segera dengan meleraikan dan meminta pengunjung beredar dengan serta-merta, dan insiden itu juga berlaku selepas majlis berakhir, dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Tan Sri Annuar Musa) sudah pun meninggalkan majlis,” kata kenyataan tersebut.

Sudah beri kenyataan dan serah kepada polis

Tambah MyCV lagi, mereka juga sudah memberikan keterangan berhubung insiden dan kini menyerahkan kepada polis bagi menentukan hasil siasatan.

“MyCV mengambil berat isu keselamatan dan sentiasa menekankan kepentingan mematuhi SOP dalam semua acara. SOP yang khusus juga disediakan bagi setiap acara yang membabitkan orang ramai, bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap pengunjung dan pempamer,” kata MyCV lagi.

Mohon maaf, akan pastikan insiden sama tidak berulang

Menerusi kenyataan sama, MyCV turut memohon maaf dan berjanji akan memastikan kejadian serupa tidak akan berlaku lagi.

“Susulan insiden ini, MyCV ingin mohon maaf dan akan memastikan insiden sebegini tidak akan berulang di masa hadapan. MyCV juga sudah mengarahkan syarikat pengurus acara untuk mengambil langkah yang lebih ketat bagi program berkenaan, di masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.