Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Manusia pertama di dunia yang berjaya menggunakan jantung babi yang diubahsuai genetik dilaporkan telah meninggal dunia.
Menurut BBC, David Bennett, 57 dari Amerika Syarikat disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC) pada Selasa, 8 Mac.
David Bennett, Sr., the first person to receive a genetically modified pig’s heart, passed away on March 8. Mr. Bennett lived for two months following the surgery. We extend our sincerest condolences to his family. https://t.co/E483WupodGpic.twitter.com/WJvtjTjnAq
— Univ. of Maryland Medical Center (@UMMC) March 9, 2022
UMMC menerusi satu kenyataan memaklumkan kesihatannya mula merosot sejak beberapa hari yang lalu. Pemeriksaan pakar kemudian mendapati Bennett agak sukar untuk dipulihkan.
Dia bagaimanapun sempat berkomunikasi bersama keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Tambah pihak hospital lagi, mendiang sebelum ini telah diberi penjelasan bahawa ada beberapa risiko yang bakal dihadapinya selepeas menjalani pembedahan genetik tersebut.
Sebagai info, pasukan perubatan di UMMC pada Januari 2022 berjaya melaksanakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia yang pertama di dunia.
Mereka yang mengharungi pembedahan selama sembilan jam telah menggunakan jantung babi berusia setahun seberat 108 kilogram yang diternak khusus untuk tujuan ini.