fbpx
Now Reading
Dek Kerana Ikan 10 Sen Seekor, Pelanggan Sanggup Ketepikan SOP [Video]

Dek Kerana Ikan 10 Sen Seekor, Pelanggan Sanggup Ketepikan SOP [Video]

Harga yang ditawarkan oleh pasaraya ini amat murah, namun insiden seperti ini tidak wajar berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila adanya iklan promosi potongan harga, pastinya perkara ini menarik perhatian banyak pelanggan.

Tidak dinafikan ada juga yang akan bertindak di luar jangkaan demi mendapatkan barangan promosi yang dimahukan.

Inilah yang berlaku di sebuah pasaraya di Tunjong, Kota Bharu, apabila pelanggan berebut-rebut tanpa menghiraukan penjarakan fizikal demi mendapatkan tawaran ikan mabong murah yang dijual serendah 10 sen seekor.

Ia sekaligus dilihat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) PPN yang memerlukan orang ramai menjaga penjarakan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Lebih mencuri tumpuan apabila isu bukan sahaja berjaya dirakam malah turut tular di media sosial.

Pasaraya baru sahaja dibuka kepada orang ramai

Difahamkan pasaraya itu baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada 10 Mac. Oleh itu, pelbagai promosi diletakkan sehingga membuatkan orang ramai hadir untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintenden Mohd Suhaimi Ali, telah tular satu video di media sosial mengenai kejadian orang ramai yang berebut untuk mendapatkan barang keperluan, tanpa menjaga penjarakan sosial.

Menerusi video, dapat dilihat dengan jelas sekumpulan pelanggan saling berebut-rebut untuk mendapatkan ikan yang dijual murah itu, dengan mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.

Insiden berlaku lebih kurang 10 minit

Tambah Mohd Suhaimi, tawaran harga murah itu bagaimanapun segera dihentikan oleh pihak pengurusan dan keadaan di sana kembali menjadi terkawal.

“Melalui semakan kejadian ini berlaku sebaik sahaja majlis perasmian pembukaan pasaraya itu selesai, dan la berlangsung lebih kurang 10 minit sebelum pihak pengurusan menghentikan jualan tersebut,” kata Mohd Suhaimi.

Walau bagaimanapun, beliau turut menasihati agar tidak menularkan isu tersebut dan sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan ketika berada di tempat awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.