fbpx
Now Reading
Guru Terlibat Sukan & Kokurikulum Bersemuka Di Sekolah Perlu Lengkap Divaksin, Kata KPM

Guru Terlibat Sukan & Kokurikulum Bersemuka Di Sekolah Perlu Lengkap Divaksin, Kata KPM

Garis panduan itu dikeluarkan berikutan dengan kebenaran KPM bagi menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum luar bilik darjah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah yang melibatkan guru serta murid sekolah berkenaan adalah dibenarkan bermula Isnin (21 Mac) ini.

Walau bagaimanapun guru, jurulatih atau tenaga pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin.

Beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh KPM

KPM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Mac berkata telah membuat beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Ini adalah termasuk membenarkan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah,” katanya.

Selain itu, KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti, pertandingan atau kejohanan sukan dan kokurikulum.

Aktiviti-aktiviti ini bagaimanapun terhad dalam kawan sekolah serta hanya melibatkan murid, guru, jurulatih atau pengajar sekolah berkenaan sahaja.

Katanya lagi, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapatkan kebenaran daripada KPM.

KPM berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan yang tidak mengikut ketetapan

“KPM juga berhak untuk membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum jika mendapati penganjur tidak mengikut ketetapan KPM.

“Justeru itu, KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mengikut garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Seterusnya, KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuklah institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.