fbpx
Now Reading
Pesawat Bawa 132 penumpang Terhempas di China [Video]

Pesawat Bawa 132 penumpang Terhempas di China [Video]

Pesawat Boeing 737-800 itu difahamkan terhempas di sebuah kawasan pergunungan di Guangxi, yang terletak di barat daya China.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal dilaporkan terhempas di China, pada pagi Isnin, 21 Mac.

Pesawat Boeing 737-800 itu difahamkan terhempas di sebuah kawasan pergunungan di Guangxi, yang terletak di barat daya China.

Menerusi laporan Bloomberg, data menunjukkan pesawat tersebut terjunam pada ketinggian 25,000 kaki dalam tempoh kurang dari dua minit.

Ia dilihat terjatuh dalam keadaan menegak dengan kelajuan yang begitu pantas.

Malah video insiden yang berjaya dirakam turut tular di media sosial selepas dikongsikan banyak pihak.

Meskipun belum anda kenyataan rasmi mengenai angka kematian dan kecederaan, syarikat penerbangan China Eastern Airlines menerusi satu kenyataan berkata mereka berkabung dan meratapi untuk mereka yang berada di atas pesawat terbabit.

“Syarikat menzahirkan ucapan takziah kepada penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas pesawat ini,” kata China Eastern Airlines.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang jadi punca nahas

Mereka dalam masa sama turut memaklumkan sedang menyiasat punca nahas bersama pihak berkuasa.

Pasukan penyiasat akan melihat dari semua aspek memdanangkan terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menjadi punca nahas itu berlaku antaranya isu teknikal, perlanggaran di udara atau mungkin tindakan yang disengajakan seperti bunuh diri atau keganasan (terrorism).

Namun ada pakar penerbangan yang berpendapat, kegagalan mekanikal mungkin menjadi punca memandangkan pesawat dilihat jatuh secara menegak.

Menurut laporan Flightradar 24, pesawat berkenaan baru berusia 6 tahun.

Saham Boeing jatuh 8%

Susulan dari insiden itu juga, saham syarikat pembuat kapal terbang, Boeing dalam Bursa Saham New York dilaporkan merosot sebanyak 8% sebelum pasaran ditutup pada petang Isnin.

Boeing dalam masa sama turut memaklumkan sedang menyiasat punca insiden.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.