fbpx
Now Reading
Pengadun Bunyi Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Anugerah Di Pentas Hollywood

Pengadun Bunyi Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Anugerah Di Pentas Hollywood

Alvin Wee turut merasakan apa yang dicapainya adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia khususnya dalam industri kreatif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang rakyat Malaysia, tiada perkara yang lebih membanggakan selain mengetahui ada di kalangan kita yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Itu juga yang kami rasakan apabila mengetahui tentang kejayaan seorang penerbit dan pemuzik kelahiran Kuching, Sarawak yang telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya merangkul anugerah di pentas Hollywood.

Alvin Wee, 34 yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat berjaya memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto dalam Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022.

Foto : Alvin Wee via Borneo Post

Mengakui persaingan bagi kategori itu adalah sengit, Alvin yang ditemubual The Borneo Post turut menyifatkan anugerah itu adalah satu pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama seluruh pasukan Encanto.

“Ia adalah persaingan yang begitu sengit dan mereka yang bersaing adalah yang terbaik yang berada di dalam industri. Jadi, saya tidak mengambil mudah persaingan mereka.

“Kami tahu satu perkara yang kami lakukan ialah kerjasama daripada semua pasukan, di mana saya percaya ia sesuatu yang jarang dapat dilakukan,” katanya kepada Borneo Post.

Berharap kejayaan itu dapat memberikan motivasi kepada generasi muda, Wee dalam masa sama turut menyifatkan apa yang dicapainya itu adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia khususnya yang berada di dalam industri kreatif.

Foto : Alvin Wee

“Saya mahu setiap anak muda, terutamanya yang baru berada dalam industri kreatif dan mungkin mempunyai akses yang sangat sedikit kepada sumber dan teknologi, tahu bahawa ada jalannya untuk mara ke arah masa depan dan mereka semua harus terus berjalan,” katanya lagi.

Beliau sebelum ini menjadi perhatian peminat dan penggiat industri hiburan selepas ditemubual Uyaina Arshad bagi program MeleTOP selepas menjadi rakyat Malaysia pertama tercalon di CAS 2022.

Kami di BuzzKini ingin mengucapkan tahniah kepada Alvin Wee di atas kejayaannya memenangi anugerah tersebut sekaligus mengharumkan nama Malaysia!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.