
Video Anggota Rela Ketuk & Baling Objek Pada Kereta Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Raih Perhatian
Ramai yang mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas kedua-dua kenderaan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial dua video memperlihatkan aksi seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memarahi pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah di hadapan sebuah sekolah.
Insiden itu mencuri perhatian ramai memandangkan anggota wanita itu bukan sekadar memarahi mereka, malah dilihat membaling objek dipercayai kayu dan mengetuk bonet hadapan kereta-kereta tersebut.
Meskipun perbuatannya dilihat kasar, ramai beranggapan dia bertindak sedemikian kerana sikap penting pemandu-pemandu berkenaan kerana dikhuatiri mampu menggugat keselamatan para pelajar di situ.
Video-video berkenaan turut dikongsikan akaun @Malaysiavirall di Twitter memaparkan dua kenderaan iaitu Perodua Ativa merah dan Toyota Camry hitam melanggar lampu isyarat pada waktu yang berbeza.
Menurut pengendali akaun tersebut, perbuatan anggota Rela itu wajar mendapat penghargaan. Ini kerana lokasi tersebut sebelum ini pernah berlakunya kemalangan hingga menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah terbabit.
“Dia layak mendapat anugerah. Dua video di tempat yang sama, kawasan ramai budak sekolah melintas jalan.
“Lokasi yang sama pernah berlaku kemalangan. Budak sekolah meninggal dunia kena langgar dengan kereta pada tahun 2020,” tulis akaun itu.
Video Ativa merah
Video Camry hitam
Kiri kanan budak nak melintas jalan, trafic light dh merah pun still tak nak berhenti.. pic.twitter.com/Hu6csbEoNc
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 23, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong tindakan anggota Rela berkenaan.
Ramai yang merasakan tindakan tidak beretika pemandu-pemandu itu boleh membahayakan nyawa orang ramai khususnya pelajar sekolah.
Ramai yang mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas kedua-dua kenderaan itu.


