fbpx
Now Reading
Geram Ramai Bawa Kereta Laju, Pakcik Selamba Buat Fake ‘Speed Trap’ Depan Rumah [Video]

Geram Ramai Bawa Kereta Laju, Pakcik Selamba Buat Fake ‘Speed Trap’ Depan Rumah [Video]

Dikongsikan anaknya di TikTok, gelagat dan idea pakcik ini dalam mengurangkan kadar kelajuan kereta-kereta berkenaan ternyata mencuri perhatian netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesiapa sahaja yang mempunyai lesen memandu pasti tahu had laju lalu jalan raya di Malaysia berbeza-beza bergantung pada kawasan dan jenis kenderaan.

Ia boleh pergi maksimum selaju 110 kilometer sejam (km/j) jika di lebuh raya dan serendah 30km/j jika di kawasan perumahan dan sekolah.

Namun hakikatnya masih ramai yang ingkar khususnya di kawasan perumahan sekaligus membahayakan nyawa orang sekeliling khususnya penduduk di kejiranan terlibat.

Mungkin geram dengan sikap pengguna-pengguna jalan raya itu, seorang lelaki nekad ‘menyamar’ menjadi seorang anggota trafik PDRM lengkap dengan kamera speed trap (perangkap kelajuan) di hadapan rumahnya dipercayai di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dikongsikan anaknya, @fiezamieza di TikTok, gelagat dan idea pakcik ini dalam mengurangkan kadar kelajuan kereta-kereta berkenaan ternyata mencuri perhatian netizen.

@fiezamieza Perangai ayah aku 😂 🤣 #fyp #fypviral #fypシ ♬ Laughing – Gianluca Marino
@fiezamieza Reply to @selenajackson14 ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Jelas menerusi dua video tersebut, dia yang memakai topi keselamatan berwarna putih bersama vest pantulan cahaya seolah-olah bersembunyi di sebalik pokok sambil ditemani ‘kamera speed trap’.

Meskipun alatan itu sebenarnya hanyalah kamera dan lampu ‘ring light’ bersama tripod, aksinya tidak ubah seperti seorang polis trafik yang sedang memburu pesalah jalan raya.

Hasilnya dia berjaya dalam menakutkan mereka apabila anaknya memaklumkan ramai yang mula memperlahankan pemanduan sebaik melihat kelibatnya.

“Puncalah masing-masing bawa laju macam dekat highway, ayah buat macam ni baru slow kereta-kereta tu gais,” tulisnya pada video tersebut.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa teruja dan terhibur dengan insiatifnya. Ada yang turut memberikan cadangan agar pakcik ini menggunakan alat pengering rambut bagi dijadikan kamera agar ianya nampak lebih asli.

Selain itu ada yang turut mencadangkan agar dia menggunakan seluar hitam dan baju putih bagi lebih menggerunkan para pemandu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.