fbpx
Now Reading
“Saya Guna Tangan Alihkan” – Dihalang Masuk Kerana Yuran Maintenance, Awal Ashaari Nafi Langgar Palang [Video]

“Saya Guna Tangan Alihkan” – Dihalang Masuk Kerana Yuran Maintenance, Awal Ashaari Nafi Langgar Palang [Video]

Menurut suami kepada Scha Alyahya itu lagi, dia sudah menetap di kawasan perumahan tersebut sejak 15 tahun lalu sebelum akhirnya berpindah keluar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejam semalam, 18 Mei nama pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari hangat diperkatakan di media sosial selepas dia berdepan pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar di sebuah kawasan perumahan di Damansara.

Mengikut kertas pertuduhan, Awal didakwa melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara pada 16 April, sekitar jam 11.30 pagi menyebabkan pihak pengurusan kerugian sekitar RM 600.

Awal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 15 Julai ini untuk sebutan semula kes dan awal dibenarkan untuk diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Baca artikel berkaitan :

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat, Rosakkan Palang Pagar Di Kawasan Perumahan

Enggan orang ramai tersalah faham, Awal kemudiannya tampil menerusi satu IG Live pada malam tadi bagi menafikan dakwaan dia melakukan khianat dengan menggunakan kenderaannya.

Dia sebaliknya menjelaskan telah menggunakan tangan untuk mengalihkan pagar berkenaan agar dia dapat masuk ke rumahnya sendiri.

“Saya nak betulkan salah faham kalau ada yang kata saya buat khianat langgar palang pagar rumah dengan kereta dan sebagainya.

“Saya bukan Iron Man, bukan Incredible Hulk.

“Saya hanya guna tangan, ketepikan palang pagar untuk masuk ke kediaman sendiri,” kata Awal.

Sudah tinggal di sana selama 15 tahun

Tambah suami kepada Scha Alyahya itu lagi, dia dan keluarga sudah menetap di kawasan perumahan tersebut sejak 15 tahun lalu sebelum akhirnya berpindah keluar.

“Walaupun saya sudah berpindah, tetapi kediaman itu masih milik saya dan tidak dijual mahupun disewakan.

“ladi secara teknikalnya, saya mahu masuk ke rumah sendiri. Saya datang untuk ambil barang di kediaman saya namun tidak dibenarkan. Jadi saya tolak palang pagar untuk ke rumah saya dengan tangan selepas dihalang masuk,” katanya lagi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kerana dia mempunyai tunggakan bil pengurusan kerana terlupa untuk membayarnya ekoran dari jadualnya yang agak ketat. Namun dia turut menjelaskan ada kalanya membayar ‘in advance’ dek kerana isu tersebut.

“Saya tak nafikan saya mempunyai tunggakan bil pengurusan rumah. Biasalah, saya sudah 15 tahun duduk di sana, ada masa saya terlupa bayar kerana terlalu sibuk.

“Ada kalanya saya membayar secara advance. Dan memang beberapa bulan terakhir ini saya terlupa membayar bil pengurusan. Tapi itu tak bermakna saya tak mahu membayarnya. Malah sekarang pun saya dah membayar tunggakan dan membayar in advance,” jelas Awal lagi.

@nik_norlly85 Awal Ashaari #awalashaari #kesawal ♬ original sound – Nik Aneeynorlly

Penjelasan Awal tersebut yang tular di TikTok membuatkan ramai netizen mula faham apa sebenarnya yang terjadi.

Ada yang menyokong tindakan pihak pengurusan kerana berlaku tegas dan ada juga yang merasakan Awal tidak sepatutnya dihalang masuk kerana dia merupakan pemilik salah satu unit di situ.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.