fbpx
Now Reading
Tak Dibenar Masuk, Ustaz Abdul Somad Sifatkan Singapura Negara Sombong [Video]

Tak Dibenar Masuk, Ustaz Abdul Somad Sifatkan Singapura Negara Sombong [Video]

Tidak berpuas hati dengan pengusirannya, UAS kemudiannya tampil menerusi satu wawancara di YouTube dan menuntut penjelasan dari kerajaan Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abu Somad telah diusir keluar dari Singapura.

Menurut laporan CNA, Abdul Somad, 45 yang tiba di negara itu pada 16 Mei telah dihantar pulang ke Indonesia pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah, Singapura.

Tindakan tersebut diambil selepas Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’ justeru tidak boleh diterima Singapura yang merupakan sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid’.

“Dia juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti orang Kristian, dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal ‘jin kafir,” kata CNA dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Somad, enam individu yang tiba bersama beliau turut dihantar pulang ke Indonesia.

Ustaz Abdul Samad kongsi gambar

Ustaz Abdul Somad menerusi satu hantaran di Instagram turut mendedahkan perkara sama dan memaklumkan beliau telah ditahan di dalam sebuah sel kecil menyerupai penjara sebelum dihantar pulang.

“Ustaz Abdul Somad (UAS) di ruangan berkeluasan 1×2 meter seperti penjara di imigresen sebelum disur dari Singapura,” tulis beliau.

Persoalkan pengusirannya

Tidak setuju dengan pengusirannya, UAS kemudiannya tampil menerusi satu wawancara di YouTube dan menuntut penjelasan dari kerajaan Singapura.

“Saya datang ke sana bersama isteri, rakan saya dan anak-anaknya untuk melancong. Sewaktu disoal di mana mereka, saya terus tunjuk. Rupanya imigresen panggil mereka semua untuk diusir bersama.

“1 jam saya dikurung di dalam ruang kecil itu sebelum ditempatkan bersama mereka di ruangan yang lebih besar selama 3 jam.

“Singapura mesti jelaskan. Minta semua warga Indonesia minta penjelasan mengapa? Apa sebabnya? Sebab terorisme atau ISIS atau narkotik?” soal beliau.

Beliau dalam masa turut menyifatkan negara republik itu sebagai bongkak dan sombong. Apa yang terdetik di fikirannya adalah ‘kenapa beliau diusir begitu sahaja’.

“Di dalam sel itu saya terfikir, Singapura hanyalah sebuah negara kecil tapi begitu sombong mereka?” kata UAS.

Beliau dalam masa sama turut percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Sebagai info, beliau pernah dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste pada 2018.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak dibenarkan memasuki beberapa negara Eropah termasuk Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.