fbpx
Now Reading
Unik! Bayi Ini Dilahirkan Dengan Senyuman Kekal Di Wajah
Bayi lahir dengan senyuman kekal

Unik! Bayi Ini Dilahirkan Dengan Senyuman Kekal Di Wajah

Ibu pada awalnya menyalahkan diri sendiri kerana banyak bercakap ketika hamil punca anak lahir dengan senyuman kekal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bayi perempuan lahir dalam keadaan jarang berlaku membuatkannya seperti mempunyai senyuman kekal di wajahnya.

Bayi itu atau dikenali sebagai Ayla Summer Mucha yang lahir pada Disember 2021 telah disahkan mempunyai makrostomia dua hala, di mana sudut mulut nya tidak bercantum semasa kehamilan, lapor Mirror UK.

Hanya ada 14 kes di seluruh dunia

Perkara itu merupakan satu perkara yang sangat jarang berlaku dan hanya mempunyai 14 kes di seluruh dunia..

Walau bagaimanapun, ibu bapa bayi tersebut, Cristina Vercher, 21, dan suaminya Blaize Mucha, 20, kini dalam perbincangan dengan doktor untuk membuat pembedahan bagi memperbaiki senyuman bayi itu kerana dia tidak dapat menyusu dengan baik.

Atas faktor perubatan, doktor telah menasihatkan Ayla untuk menjalani pembedahan bagi membantunya untuk mempunyai mulut yang berfungsi apabila mereka sudah besar.

Ibu salahkan diri sendiri punca anak lahir dengan senyuman kekal

Cristina pada awalnya menyalahkan diri sendiri kerana sewaktu mengandung dia terlalu banyak bercakap dan perkara itu menyebabkan anaknya lahir begitu.

“Apa yang saya boleh fikirkan sebagai seorang ibu adalah di mana saya telah lakukan kesilapan, terutama apabila saya terlalu banyak bercakap sepanjang kehamilan saya.

Doktor sahkan ia luar kawalan dan bukan kesalahan diri sendiri

“Namun setelah diyakinkan oleh beberapa doktor dan suami selepas beberapa ujian genitik dan imbasan dilakukan, keadaan ini sepenuhnya di luar kawalan kami dan bukan kesalahan diri sendiri.

“Kami bimbang kerana tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang dilahirkan dengan makrostomia dan menyebabkan kami berada dalam keadaan terkejut.

“Walau bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang spesifikasi yang tepat berkaitan pembedahan itu, namun kami tahu ia melibatkan penutupan kulit yang akan menyebabkan parut yang minimum di wajahnya,” kata ibu bayi tersebut.

Kongsi pengalaman di media sosial untuk beri kesedaran

Christina turut berkongsi keadaan bayinya di TikTok bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Satu video klip yang memperlihatkan dia mendandan anaknya telah tular sehingga menerima lebih daripada 46 juta tontonan. Dapat dilihat ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan mesej dari warganet yang memberikan sokongan kepada mereka.

“Media sosial adalah tempat yang anda tidak boleh mengawal keperibadian orang lain.

“Namun saya dan Blaize telah menerima banyak komen yang memberi dorongan dan sokongan kepada kami.

“Saya bersyukur kami membiarkan video tersebut disiarkan kerana saya juga dapat berkongsi dengan beberapa ibu yang mengalami pengalaman yang sama,” jelas Christina.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.