fbpx

Polis Tiba-Tiba Nak Periksa Telefon? Ketahui Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sebagai Orang Awam [Video]

Polis sememangnya mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan ke atas telefon orang awam. Tapi ia hanya dibenarkan jika orang awam itu sedang disiasat atau disyaki melanggar undang-undang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di Twitter satu perkongsian seorang pengguna mengenai pengalamannya diintimidasi oleh pihak polis.

Menurut @SimpletonED, dia pada hari kejadian sedang minum di sebuah kedai mamak berhampiran rumah ibunya sebelum dihampiri oleh dua orang anggota polis.

Selepas diajukan beberapa soalan, seorang dari mereka kemudiannya meminta kad pengenalan dan telefon bimbit individu berkenaan.

Dia mendakwa, anggota polis itu memaklumkan dia berhak untuk memeriksa telefonnya walhal dia langsung tidak diberitahu tentang jenis kesalahan yang telah dilakukanya.

Hal berkenaan kemudian berlarutan selama beberapa jam, dan dari kedai mamak hinggalah ke di balai polis.

Sewaktu di IPD, dia mendakwa telah memberikan telefonnya bagi mengelakkan lebih banyak masa terbuang. Namun selepas sejam, telefonnya dipulangkan dan dia dilepaskan tanpa sebarang kesalahan jenayah.

Boleh ke polis periksa?

Namun persoalan yang timbul dari perkongsian itu, adakah pegawai polis dibenarkan memeriksa telefon individu tanpa sebarang alasan kukuh?

Peka dengan isu tersebut, peguam dan ahli politik, Syahredzan Johan telah berkongsi hak-hak yang dimiliki oleh orang awam.

Menurutnya, polis sememangnya mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan ke atas telefon orang awam. Tapi ia hanya dibenarkan jika orang awam itu sedang disiasat atau disyaki melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang.

Ia sekali sekali tidak dibenarkan jika mereka tidak mempunyai sebab kukuh.

“Contohnya kalau kita dah kena tahan, kena tangkap dan mereka dah ambil telefon kita, mereka memang ada kuasa untuk mengakses walaupun telefon itu mempunyai password.

“Tapi kalau kita tidak ditahan atau mereka saja-saja nak tengok telefon kita, itu tidak boleh,” kata Syahredzan.

@syahredzan Boleh tak polis check phone kita? Sedikit info. #malaysiatiktok #fyp #malaysia #isu #polis ♬ ZOOM – Jessi

Tegasnya, orang awam yang tidak tersenarai sebagai orang yang disyaki atau disisat juga tidak seharusnya memberikan telefon mereka kepada pihak berkuasa.

“Ingat kita perlu tahu hak kita sebagai rakyat bila berurusan dengan pihak polis,” pesannya lagi.

Perkongsian beliau dilihat selari dengan saranan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menegaskan bahawa pihak polis tak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam melainkan jika ia berkaitan dengan siasatan terhadap orang tersebut.

Baca artikel berkaitan :  Anggota Polis Tiada Hak Periksa Telefon Orang Awam Sesuka Hati, Kata Tan Sri Musa Hassan

Apa kita boleh lakukan?

Menerusi satu lagi video, Syahredzan turut berkongsi apa yang orang awam boleh lakukan sekiranya berdepan dengan situasi berikut.

Tanya kenapa polis nak periksa?

Jelasnya, orang awam berhak bertanya kenapa polis mahu memeriksa telefon pintar mereka. Sekiranya jawapan yang diberikan agak tidak berasas, kita berhak untuk tidak memberikannya.

Namun jika sebaliknya, lebih baik anda berikan kerjasama dan beri kepada mereka peranti tersebut. Sekiranya gagal memberikan kerjasama, kita mungkin akan dikatakan sebagai menghalang tugas-tugas penjawat awam.

Orang awam berhak saman jika merasakan tindakan itu tidak berasas

Tambah peguam itu lagi, jika anda merasakan tiada asas dan keperluan untuk mereka memeriksa telefon anda, maka anda boleh pertimbangkan untuk menyaman pihak polis di kemudian hari.

Sebagai info, aktivis Fahmi Reza sebelum ini telah berjaya menyaman pihak berkuasa dan menerima pampasan lebih RM30,000 selepas terlibat dengan penahanan yang tidak sah pada tahun 2012.

Rujuk video di bawah :

@syahredzan Polis check phone kita, bahagian 2: apa boleh kita buat? #polis #isu #malaysia #malaysiatiktok #fyp #isusemasa ♬ Gatal – Janna Nick

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.