fbpx
Now Reading
Amalan Baca Yasin, Solat Sunat Serta Usaha Keras Jadi Kunci Kejayaaan Anak Tukang Rumah Peroleh 11A SPM

Amalan Baca Yasin, Solat Sunat Serta Usaha Keras Jadi Kunci Kejayaaan Anak Tukang Rumah Peroleh 11A SPM

Umi Aida berkonsi momen indah itu bersama ibunya ketika mengambil keputusan SPM 2021 di SMKA Falahiah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memiliki keluarga yang sederhana bukanlah penghalang buat kejayaan seorang gadis untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, semalam (16 Jun).

Menurut laporan Sinar Harian, kecekalan bapanya sebagai tukang rumah yang sentiasa membanting tulang mencari rezeki merupakan pembakar semangat buat Umi Aida Ismail untuk berusaha lebih demi membalas jasa dan pengorbanan kedua ibu bapanya.

Menurut Umi, keputusan 11A yang diperolehinya itu didedikasikan kepada ibu bapanya, Ismail Zakaria, 60, dan Hanifah Abdullah, 56, yang sentiasa memberikan semangat buat dirinya untuk belajar meskipun dalam suasana pendemik Covid-19.

Umi Aida merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat, Kelantan.

Umi memperoleh semua A dalam 11 mata pelajaran yang diambil iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi, Kimia, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiah.

“Sebagai anak, saya ingin membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak berkorban,”

Umi Aida Ismail

Menurutnya lagi, diharap dengan usaha gigih yang dilakukan itu dapat membantunya mencapai impian untuk menjadi seorang doktor.

Baca Yasin dan solat sunat antara rahsia kejayaannya

Antara rahsia kejayaan yang dikongsikan oleh anak bongsu daripada lima beradik ini adalah amalan membaca Yasin setiap hari selepas solat Subuh.

Selain itu, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa memberikan tumpuan semasa belajar dan mendengar arahan daripada guru.

Kredit gambar: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.