fbpx

Lelaki Hina Islam dan Nabi Muhammad Sudah Ditahan Polis [Video]

Difahamkan penahanannya pada jam 12.30 tengah hari itu susulan satu laporan polis yang dilakukan di Cyberjaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum reda dengan kisah wanita menghina Islam di sebuah kelab di Kuala Lumpur, kini tular pula satu video memperlihatkan aksi biadap seorang lelaki menghina agama Islam.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan bukan sahaja mempersendakan Islam dengan melabelkan Allah SWT dan Nabi Muhammmad dengan kata-kata kesat, malah dia mendabik dada menegaskan langsung tidak takut sekiranya diapa-apakan oleh sesiapa ekoran dari kelantangannya.

Penularan video tersebut sejak Ahad pagi (17 Julai) mencetuskan kemarahan orang ramai termasuklah golongan pendakwah yang mahu dia dikenakan tindakan.

Namun tidak lama kemudiannya tular beberapa video dia dibelasah oleh beberapa individu yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan biadapnya hingga mengalami pendarahan di muka.

Malah salah seorang dari individu berkenaan memintanya untuk tampil di balai polis bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Sudah ditahan polis

Terbaharu, polis memaklumkan lelaki berkenaan sudah pun ditahan pihak berkuasa. Video sewaktu tangkapan turut tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook.

Mengulas lebih lanjut, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu 9, Bukit Kuchai, Puchong, Selangor pada tengah hari Ahad, 17 Julai.

Difahamkan penahanannya pada jam 12.30 tengah hari itu susulan satu laporan polis yang dilakukan di Cyberjaya.

“Siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” kata Anbalagan dalam satu kenyataan.

Polis juga siasat individu pukul lelaki berkenaan

Tambah beliau lagi, polis juga juga akan menjalankan siasatan terhadap beberapa individu yang terlibat memukul lelaki berkeanan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan perbuatannya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan,” kata Anbalagan dipetik dari BH.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.