fbpx
Now Reading
“Lesen Tamat Tempoh” – Panas Isu Penutupan Ruangan Gig Angkasa Space, Ini Respon Penuh DBKL

“Lesen Tamat Tempoh” – Panas Isu Penutupan Ruangan Gig Angkasa Space, Ini Respon Penuh DBKL

“Semakan terhadap lesen mendapati pemilik hanya mengemukakan lesen yang telah tamat tempoh pada 25 September 2021” – DBKL.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, 24 Julai, tular di media sosial satu perkongsian oleh pengasas bersama ruangan acara muzik, Angkasa Event Space iaitu Mohd Zulhelmie Zullifan yang mendakwa operasi perniagaan premisnya dihentikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Mohd Zulhelmie atau lebih dikenali sebagai Elmi, penutupan ruang acara yang banyak menganjurkan mini gig dan pelancaran album kumpulan band Independent (Indie) itu berlaku selepas agensi terbabit melakukan serbuan ke atas premis mereka yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Menerus ciapan tersebut, Elmi turut berkongsi satu foto memperlihatkan dia berdiri di hadapan pintu masuk Angkasa Space yang kini ditutup dan disita dengan pelekat kuning DBKL, selain terdapat satu notis ‘Tutup Premis’ berwarna merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian penggiat dan penggemar muzik Independent memandangkan Angkasa Space sudah bertapak sejak 2019 malah telah menaikkan nama puluhan kumpulan muzik Indie di negara kita.

Baca artikel berkaitan : Pemilik Ruang Gig Angkasa Space Kecewa, Dakwa Terpaksa Tutup Operasi Selepas Diserbu DBKL

Tiada lesen sah, sudah tamat tempoh pada 25 September 2021

Terbaharu, DBKL mengesahkan penutupan tersebut dan memaklumkan ianya dilaksanakan sewaktu DBKL menjalakan satu operasi khas pada 24 Julai 2022 (Ahad) di sekitar Kuala Lumpur bermula dari jam 7:30 malam.

Menurut DBKL, hasil daripada pemantauan dan siasatan oleh pihak mereka mendapati Angkasa Space telah menjalankan aktiviti hiburan (Live DJ) tanpa lesen yang sah dari Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Premis yang dikenakan tindakan adalah Ruang Angkasa Event (Angkasa Event Space) di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

“Semakan terhadap lesen mendapati pemilik hanya mengemukakan lesen yang telah tamat tempoh pada 25 September 2021,” kata DBKL menerusi satu maklum balas media kepada BuzzKini.

80 pengunjung sedang berhibur

Tambah DBKL lagi, sewaktu operasi pemantauan dijalankan, sejumlah 80 pengunjung sedang berhibur di dalam premis tersebut.

Sehubungan itu DBKL telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 – Seksyen 4 (1)(a) & 4(1)(b) iaitu berhubung operasi tersebut. Selain menutup operasi Angkasa Space, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu turut menyita sebuah alatan muzik DJ.

“Tindakan pengeluaran kertas siasatan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 – Seksyen 4 (1)(a) & 4(1)(b)- Membuka dan mengadakan Aktiviti Hiburan (DJ) Tanpa Lesen dari DBKL telah dilaksanakan.

“Turut dikenakan adalah tindakan sita melibatkan sebuah Spiner Deck (Pioneer),” kata DBKL lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.