fbpx
Now Reading
Tasik Chini Kini Tidak Lagi Penuhi Penuhi Kriteria Biosfera Unesco – Laporan

Tasik Chini Kini Tidak Lagi Penuhi Penuhi Kriteria Biosfera Unesco – Laporan

Dalam laporan yang dikeluarkan Unesco, ianya mengesan pembukaan semula beberapa lombong lama di lokasi sekitarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Tasik Chini yang terletak di Pahang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera.

Malah kecantikan flora dan fauna yang dimilikinya menyebabkan tasik ini diisytiharkan sebagai Rezab Biosfera (BR) oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2009.

Namun keunikan dan kelebihan yang dimiliki ini mula berubah dan semakin pudar dipercayai kesan aktiviti perlombongan dan pembangunan di sekitar kawasan itu.

Terbaharu status Tapak Rizab Biosfera yang dimiliki tasik yang terkenal dengan lagenda naganya suatu masa kini dalam penelitian di mana penemuan awalnya agak kurang memberangsangkan.

Memetik laporan Malaysiakini, tinjauan berkala pertama yang dilakukan Unesco terhadap Tasik Chini mendapati tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.

Unesco kesan ada pembukaan semula lombong

Dalam laporan yang dikeluarkan Unesco, ianya mengesan pembukaan semula beberapa lombong lama di lokasi sekitarnya selain turut menyebut “kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang intensif”.

“Setahun selepas rizab biosfera ditetapkan, beberapa bekas tapak perlombongan yang terletak di titik kecerunan tinggi (Bukit Ketaya dan Bukit Chini) dibuka semula dan berkembang mengakibatkan kesan buruk alam sekitar seperti pemendapan, kemerosotan kualiti air dan kemerosotan tebing sungai.

“Satu lagi punca utama kerosakan alam sekitar ialah penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit. Sebahagian daripada pengembangan ini berlaku dalam kawasan teras utama,” katanya.

Difahamkan penemuan itu diterbitkan untuk akses awam pada November tahun lalu selepas dibentangkan di Majlis Penyelarasan Antarabangsa Unesco MAB dua bulan sebelumnya.

Laporan ini ternyata menarik perhatian ramai memandangkan keadaan semasa Tasik Chini merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh pencinta alam.

80% kawasan bekas lombong sudah ditanam pokok

Sekitar pertengahan Julai lalu, kerajaan negeri Pahang memaklumkan agak berpuas hati dengan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam memulih dan memelihara kawasan bekas lombong di Tasik Chini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan berkata, setakat ini hampir 80% kawasan bekas lombong di Tasik Chini sudah ditanam dengan pokok penutup bumi selain beberapa spesies pokok balak.

Sebagai rekod, mana-mana kawasan yang diisytihar sebagai rizab biosfera di bawah program WNBR perlu melalui semakan berkala setiap 10 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.