fbpx
Now Reading
Berang Dapat Bidaan Murah, Peniaga Lepas Geram Koyakkan Baju Jualan [Video]
baju dibida jauh dari harga yang diharapkan lelaki koyak baju

Berang Dapat Bidaan Murah, Peniaga Lepas Geram Koyakkan Baju Jualan [Video]

Lelaki tersebut yang berang kerana mendapat harga yang rendah untuk bidaan bajunya telah bertindak mengoyakkan baju semasa sesi live berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan dengan adanya platform media sosial kini, ia bukan hanya digunakan untuk mencari kenalan sahaja.

Malah, setiap platform ini juga digunakan oleh para peniaga untuk menjual barangan mereka secara atas talian di mana para pembeli boleh membeli secara terus tanpa perlu ke kedai tersebut.

Apa yang lebih menarik lagi, ada juga di antara para peniaga yang hampir setiap hari melakukan siaran langsung (live) di platform mereka seperti TikTok, Facebook dan sebagainya untuk mempromosikan jualan mereka selain dapat menarik perhatian bakal pembeli.

Namun, dalam kesibukan menjual dan mempromosikan barangan secara live, ada juga ada di antara yang berdepan dengan gangguan emosi apabila berdepan dengan pengguna media sosial.

Peniaga bertindak luar jangkaan

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @tembaktar telah berkongsi satu video yang memaparkan seorang peniaga bundle yang menjual pakaian terpakai telah bertindak diluar jangkaan sehingga ia menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, peniaga yang menjual baju itu telah bertindak memarahi pengguna di media sosialnya selepas berang kerana baju-baju itu mendapat bidaan yang jauh lebih murah berbanding yang sepatutnya.

@tembaktar

Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ

♬ original sound – tembaktar – 6 to 6

Harga bidaan murah tak beri untung

Dia yang bercakap dengan menggunakan dialek Kelantan itu, menyatakan harga murah itu tidak memberikan untung kepadanya.

Malah apa yang lebih memeranjatkan lagi, dia turut mengambil sehelai baju yang berwarna putih lalu mengoyakkan baju tersebut kerana tidak dapat menahan rasa geramnya.

Koyak baju dan keluar kata-kata tidak sepatutnya

Bukan hanya itu, peniaga berkenaan juga turut dilihat menghumbankan sehelai baju yang direntapnya daripada badan patung serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya semasa sesi live berlangsung.

Tindakannya itu bagaimanapun, telah mengundang perhatian ramai yang menyifatkan sebagai seorang peniaga dia seharusnya bersabar dan ada juga yang menyatakan barangan pakaian terpakai sepatutnya dijual dengan harga yang murah dan bukan mahal.

Tidak ketinggalan ada juga yang menyatakan hanya mereka yang berniaga sahaja memahami perasaan usahawan tersebut.

“Dalam berniaga kena banyak sabar”

“Dulu bundle orang cari sebab murah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.