fbpx
Now Reading
“Sorry Sangat Saya Terpaksa Buang” – Wanita Terkejut Terima Hadiah Kahwin ‘Pelik’ Dalam Kotak Misteri [Video]
Terima hadiah misteri

“Sorry Sangat Saya Terpaksa Buang” – Wanita Terkejut Terima Hadiah Kahwin ‘Pelik’ Dalam Kotak Misteri [Video]

Menurut wanita itu, dia menghargai usaha individu tersebut mahu memberinya hadiah, namun ia terpaksa dibuang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan menerima pelbagai hadiah yang diberikan daripada keluarga ataupun rakan-rakan.

Tradisi memberikan hadiah semasa majlis perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang wajib tetapi ia diberikan sebagai ingatan tulus ikhlas daripada seseorang kepada pasangan pengantin itu.

Dalam pada masa yang sama ia dapat meringankan beban pasangan yang baru berkahwin, kerana kebiasaanya hadiah yang diberikan merupakan barangan keperluan rumah.

Namun, dalam banyak-banyak hadiah yang diberikan itu ada juga yang menerima hadiah berbentuk misteri sehingga membuatkan orang yang menerima hadiah tersebut berasa takut.

Sedang gembira buka hadiah bersama keluarga, sekali dapat hadiah kotak misteri

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok, @ninaaanana yang berkongsi saat gembiranya bersama keluarga ketika sedang membuka hadiah perkahwinan yang diterima.

Tetapi, keadaan menjadi janggal apabila mereka menjumpai sebuah kotak yang berbalut kemas, namun tidak diketahui daripada siapa hadiah itu diberikan kerana individu tersebut tidak meninggalkan sebarang kad.

@ninaaanana

Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang 😭🙏🏻 #fyp #misteri

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Kotak misteri mengandungi bekas air lama

Apa yang lebih menakutkan, apabila dibuka kotak tersebut mengandungi sebuah bekas air yang sudah lama terbiar.

Jelas Nina lagi, apabila dibuka bekas air tersebut di dalamnya terdapat habuk, sarang labah-labah, berbau dan kotor yang menunjukkan ia sudah lama.

Mungkin ada jual di barangan terpakai, bekas air bau busuk dan kotor

“Buka-buka kotak tengok thermo pot yang dah lama, model pun lama tak tahu kedai mana ada jual lagi mungkin barang terpakai tak tahu lah.

“Buka isi dalam berhabuk, sarang labah-labah, bau sikit dan kotor macam dah lama,” kata Nina.

Keluarganya kemudian tidak membenarkan pengantin baharu itu memegang hadiah tersebut serta terpaksa membuangnya kerana merasakan hadiah yang diberi oleh individu tersebut adalah pelik.

Minta maaf dan hargai hadiah yang di beri tetapi terpaksa buang

Nina menerusi kapsyennya turut memohon maaf kerana dia tidak berniat membuang hadiah tersebut tetapi ia terpaksa dibuang.

“Terima kasih sangat kepada pemberi, saya hargai awak nak bagi hadiah tapi maaf sangat saya terpaksa buang,” tulis Nina di kapsyen.

Ada yang berkongsi pengalaman terima hadiah misteri semasa kahwin

Perkongsian itu turut menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang tampil berkongsi pengalaman sama apabila mendapat hadiah misteri selepas majlis perkahwinan selesai.

Tidak kurang juga, ada yang bersangka baik mungkin individu tersebut memberi hadiah kahwin miliknya dahulu.

“Pernah dapat hadiah kahwin pelik”

“Dapat kotak berhabuk, barang-barang terkumpul dari tong sampah”

“Mungkin dia bagi hadiah kahwin dia dulu yang tak pernah dibuka”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.