Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kebiasaannya apabila berlaku kemalangan pasti seseorang itu akan berada dalam keadaan terkejut dan juga trauma, terutamanya bagi individu yang menghadapinya pada kali pertama.
Keadaan sekitar akan menjadi kucar-kacir dengan kedatangan orang awam di sekeliling yang menyaksikan kejadian pada masa itu dan perasaan ingin tahu mereka terhadap nasib mangsa.
Namun siapa sangka, seorang lelaki masih mampu bertenang apabila dilihat singgah ke kedai gunting rambut walhal baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan kecil.
Pemilik kereta ‘steady’ gunting rambut
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @shamtoyss, kelihatan pemilik kenderaan tersebut sedang memotong rambut di sebuah kedai.
“Apa-apa pon potong rambut dulu. Terbaik la pakcik ni, relax (tenang) je,” tulisnya di dalam video.
Kereta Proton Persona dalam keadaan terjongket
Pada video sama, kelihatan jelas kereta jenis Proton Persona yang dipandu pakcik tersebut sedang berada dalam keadaan terjongket di bahagian tepi jalan.
“Haa tengok pakcik ni, dia kat sini kereta dia kat situ, steady je siap gunting rambut, semoga urusan pakcik dipermudahkan,” kata lelaki itu.
Dalam satu lagi hantaran berbeza, lelaki itu menunjukan keadaan kereta terbabit yang terjongket kerana tersangkut pada cable dan sebatang pokok pisang.
Menurut lelaki tersebut di bahagian komen, pemilik kenderaan itu tidak sedar akan kewujudan sebatang pokok pisang di belakangnya ketika sedang mengundurkan keretanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan tindakan tenang pemilik kenderaan tersebut yang pergi bergunting rambut pada saat sebegitu.