fbpx
Now Reading
Halang Laluan Bas Rapid KL Hingga Jalan Jadi Sesak, Myvi Buat ‘Keras’ Walau Kena Hon Panjang Buat Ramai Geram [Video]
Myvi halang bas nak lalu

Halang Laluan Bas Rapid KL Hingga Jalan Jadi Sesak, Myvi Buat ‘Keras’ Walau Kena Hon Panjang Buat Ramai Geram [Video]

Sikap pemandu Myvi berkenaan yang masih berdegil walaupun sudah dihon oleh bas Rapid KL tersebut telah menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi sesak serta menyukarkan bas untuk bergerak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di atas jalan raya kita perlulah mempunyai sikap bertimbang rasa serta tidak mementingkan diri.

Bukan itu sahaja, sudah pasti ketika mengambil lesen memandu, kita juga telah diajar di manakah kawasan yang boleh memberhentikan kereta atau pun tidak terutama sekali jika ia dikhaskan hanya untuk laluan kenderaan awam sahaja.

Kenderaan berhenti di lorong bas

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter, yang dikongsikan oleh Isu Semasa Viral yang memaparkan sebuah kenderaan memberhentikan keretanya di tepi lorong bas awam.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu yang membawa kereta jenis Perodua Myvi itu tidak mahu mengalihkan kenderaannya meskipun telah dihon oleh Bas Rapid KL dengan panjang sebagai tanda menunjukkan ia mahu bergerak keluar daripada kawasan itu.

Keadaan sesak, lelaki tegur pemandu Myvi

Malah apa yang lebih memburukan keadaan lagi, sikap mementingkan diri pemandu berkenaan juga telah menyebabkan keadaan lalu lintas di kawasan terbabit menjadi sesak.

Beberapa saat kemudian datang seorang lelaki dan bertindak menegur pemandu Myvi itu untuk maju ke hadapan agar bas tersebut dapat bergerak.

Namun, pemandu itu hanya bergerak sedikit sahaja di mana ia masih tidak menyelesaikan masalah apabila kenderaannya masih lagi berada di dalam lorong berkenaan.

Lelaki datang semula tegur minta maju ke depan

Disebabkan perkara itu, kemudian lelaki yang menegur pemandu itu datang semula untuk menyuruh kereta Myvi tersebut bergerak ke hadapan buat kali kedua agar bas yang berada di belakangnya dapat bergerak dengan mudah.

Melihat di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut berasa geram dengan pemandu Myvi itu kerana walaupun sudah dihon dan ditegur tetapi dia masih membuat sikap acuh tidak acuh sahaja.

“Ni baru satu yang viral”

“Saya kalau dah kena hon dengan bas macam tu memang tak lah nak menunggu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.