“Kesian Perempuan Tu”- Kereta Guna Lorong Kecemasan Punca Pembonceng Motosikal Jatuh [Video]
Insiden kenderaan berwarna silver itu menggunakan laluan kecemasan tersebut dipercayai berlaku di persimpangan Tol Kulai, Johor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keadaan lebuh raya ketika musim cuti panjang atau musim perayaan sememangnya akan sibuk sehingga menyebabkan jalan menjadi sesak.
Namun, dalam keadaan sebegini pasti ada segelintir pihak yang mementingkan diri dengan bertindak menggunakan laluan lorong kecemasan.
Meskipun sudah berulang kali diberitahu dan diberikan tindakan undang-undang kepada beberapa pihak yang melakukan perkara itu, tetapi masih ada lagi yang belum mengambil iktibar.
Kereta guna lorong kecemasan menyebabkan beberapa individu jatuh motor
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di TikTok oleh @rizzna.pro, yang memaparkan sebuah Proton Preve menggunakan lorong kecemasan hingga menyebabkan beberapa individu terjatuh dari motosikal.
Menerusi video tersebut insiden yang dipercayai berlaku di persimpangan Tol Kulai, Johor, itu menunjukkan kenderaan berwarna Silver berkenaan menggunakan lorong kecemasan semasa keadaan lalu lintas menjadi sesak.
Dalam masa yang sama, turut kelihatan lorong di bahagian kiri itu juga turut digunakan oleh mereka yang membawa motosikal.
Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi dentuman sehingga membuatkan Rizzna yang berada dalam kereta terkejut.
Dua individu jatuh di atas jalan
Sebaik sahaja kenderaan berwarna Silver itu bergerak kehadapan kelihatan dua individu terjatuh di atas jalan.
Kenderaan itu kemudian kelihatan seperti memberhentikan keretanya dan memberikan lampu kecemasan mungkin kerana mahu melihat mangsa tersebut.
Nasihat jangan guna lorong kecemasan tetapi rancang perjalanan sebaiknya
Rizzna menerusi di ruangan komen memaklumkan jalan sememangnya sesak dan menasihati pengguna jalan raya agar tidak membawa kenderaan dengan laju sehingga menggunakan laluan kecemasan sebaliknya rancanglah perjalan dengan baik.
Dia dalam masa sama turut memohon maaf kerana telah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kerana tidak sengaja dan berharap mangsa berada dalam keadaan yang baik.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian seorang mangsa yang menyatakan dia berada dalam keadaan baik dan hanya motor dia bahagian depan serta kiri sahaja yang agak teruk.
Meninjau di ruangan komen rata-rata orang ramai turut tidak berpuas hati dengan kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan itu serta meminta Rizzna untuk melaporkan perkara tersebut kepada kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).