fbpx
wanita terkejut makan mi sup ganja

Disangka Kangkung, Wanita Singapura Terkejut Daun Dalam Mi Sup Di Thailand Rupanya Ganja

Menurut wanita itu, dia menyangkakan daun di dalam mi sup itu adalah kangkung sebelum menyedari ia sebenarnya ganja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara Thailand merupakan antara negara yang sudah membenarkan penggunaan ganja kepada rakyatnya.

Oleh itu, kebanyakan kedai di negara tersebut sudah mula menjual barangan yang mengandungi tumbuhan berkenaan.

Barangan mengandungi ganja tidak boleh melebihi 0.2%

Memetik laporan World Of Buzz, berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh negara jiran itu setiap barangan yang mengandungi ganja itu hendaklah tidak melebihi daripada 0.2% sahaja.

Baca artikel berkaitan: ‘Untuk Keperluan Diri Sendiri’ – Thailand Kini Benarkan Rakyat Tanam Ganja Di Rumah

Baru-baru ini, seorang wanita di Singapura telah berkongsi tentang percutiannya di Thailand.

Bercuti bersama keluarga, berkunjung di sebuah kedai dan makan mi sup

Jelasnya, tujuan ke negara tersebut adalah untuk bercuti bersama keluarga dan menyatakan telah berkunjung ke sebuah kedai makan berdekatan hotel yang didudukinya.

“Saya memesan semangkuk mi sup, dan ia merupakan semangkuk mi sup yang sangat sedap,” kata wanita itu.

Datang lagi keesokkannya sebab sedap

Disebabkan ia sangat sedap, pada keesokan hari ketika sarapan pagi dia kemudian membuat keputusan untuk memesan makanan yang sama di kedai tersebut.

Namun apa yang membuatkan dia terkejut apabila menyedari terdapat simbol daun ganja yang kecil pada nama hidangan berkenaan.

Baru tahu mi sup ada ganja, sangkakan ia kangkung

Foto: Pexels

“Ketika itulah saya tahu semangkuk mi sup mengandungi ganja,” katanya lagi.

Kata wanita itu, berdasarkan keterangan makanan tersebut ia tidak menyatakan apa-apa bahawa mengandungi ganja dan menyangkakan daun di dalam mi sup tersebut adalah kangkung.

Pengambilan dadah atau ganja secara tak sengaja bukan satu kesalahan

Susulan daripada itu, Menteri Dalam Negeri Singapura sebelum ini memaklumkan pengambilan dadah tanpa sengaja atau tidak diketahui bukanlah sebagai satu kesalahan.

Tetapi beliau menggesa rakyat Singapura berhati-hati dengan apa yang mereka makan khususnya ketika bercuti.

Biro Narkotik Pusat (CNB) juga telah menyatakan bahawa ‘siasatan akan diadakan’ sekiranya ujian air kencing kembali positif, tidak kiralah bagaimana ia telah digunakan.

Sehubungan itu, adalah baik untuk melakukan penyelidikan berhubung undang-undang ganja sekiranya anda merancang perjalanan ke Thailand.

Kredit foto: Michael Fischer by Pexel / Freepik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.