Lelaki Kongsi Masalah Lupa ‘Parking’ Kereta Ketika Di Pusat Beli Belah, Ramai Akui Alami Perkara sama [Video]
Lelaki tersebut turut menyarankan agar orang ramai menangkap gambar lokasi tempat letak kereta supaya ia mudah untuk dicari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap pusat beli-belah akan menyediakan tempat meletakkan kenderaan yang banyak agar dapat menampung jumlah pengunjung yang datang.
Namun, pernahkah anda berhadapan dengan situasi, di mana anda terlupa di manakah tempat letak kenderaan anda?
Oleh itu, bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku adakalanya segelintir pengunjung akan menangkap gambar agar ia mudah dirujuk sewaktu pulang atau ada yang mengingati kawasan tertentu seperti kedai atau sebagainya.
Tetapi, ada juga di sesetengah pusat beli belah yang menyediakan sistem di mana anda boleh mengesan kenderaan dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran kereta sahaja.
Lupa letak kenderaan di mana ketika dalam pusat beli belah
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang pemuda, Adam Shamil yang berdepan dengan situasi apabila dia terlupa di manakah dia meletakkan keretanya sehingga mengundang perhatian ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan Adam dan keluarga sedang sibuk mencari kawasan tempat letak kereta sambil bercakap.
Namun apa yang menarik perhatian dia turut mengulas situasi tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi dalam loghat seperti Kelantan.
“Kepada tuan dan puan, ini adalah masalah di Malaysia apabila anda meletakkan kenderaan anda di kawasan parkir di pusat beli belah.
“Tetapi anda tidak dapat mengesan kenderaan anda, dan ini adalah masalah,” kata Adam di dalam video tersebut.
Tangkap gambar kawasan parkir kereta
Adam dalam masa sama turut memberi cadangan agar orang ramai menangkap gambar kawasan atau aras parkir kereta tersebut agar ia mudah untuk di cari.
Pencarian kenderaan tersebut turut memakan masa beberapa minit untuk dijumpai.
Sebaik sahaja mereka berjaya mengesan kenderaan tersebut dia meminta kunci dari salah seorang ahli keluarganya untuk memandu kereta berkenaan.
“Semasa saya bercakap ini, kami telah menjumpai kereta. Bagus, bagus, bagus.. jika tidak kami mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam untuk mencarinya.
“Beri saya memandu, kerana jika awak yang pandu kita tak tahu kemana kita akan pergi,” jelasnya lagi.
Ramai terhibur dan kongsi pengalaman sama
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara Adam menerangkan situasi tersebut dengan menggunakan loghat itu. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berhadapan dengan perkara yang sama.