fbpx

“Harap Boleh Rapatkan Saf” – Panas Isu Petik Aurat Isteri, Caprice & PU Syed Akhirnya Berdamai

Sebagai tanda berdamai, Caprice turut menjemput PU Syed untuk minum dan duduk semeja dalam meneruskan perjuangan memperbetulkan masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (13 Oktober) nama penyayi rap, Caprice dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menjadi perbualan hangat netizen selepas kedua-duanya bertelingkah mengenai kes pendakwaan seorang lagi pendakwah terkenal, PU Azman.

Namun isu tersebut terus melarat apabila PU Syed tanpa sengaja telah memetik aurat isteri Caprice, iaitu Farra Inalis di dalam satu hantarannya.

“Untuk selingan, buat Caprice urus aurat isteri dahulu, baru layak jadi Tiger Of Al Quds,” kata pendakwah itu.

Caprice beri 24 jam untuk PU Syed mohon maaf

Berang dengan kenyataan tersebut, Caprice kemudiannya menerusi satu hantaran di IG Story memberi Pu Syed tempoh selama 24 jam terhadap untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya bagi hang (PU Syed) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kaitkan bini saya.

“Apa kaitan? Kenapa tiba-tiba nak petik? Jangan sampai Cap (saya) bongkar rahsia PU pula di sini. Tiada kaitan, jangan mulakan.

“Kalau tak, kita pun boleh start. Don’t mess with my family,” tulis Caprice.

PU Syed buat permohonan maaf

Terbaharu, PU Syed tampil membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice dan isterinya.

Menerusi permohonan maaf itu, PU Syed turut memaklumkan yang dia sudah membawa turun hantaran yang sebelum ini menimbulkan kemarahan Caprice.

“Saya dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh tentang isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika ada unsur-unsur negatif serta mengganggu kehidupan mereka.”

Beliau bagaimanapun meminta Caprice agar tidak lagi mengulas apa sahaja kes yang masih berjalan di mahkamah sebaliknya mengemukakan segala bukti yang ada ke muka pengadilan.

Caprice sambut baik dan mahu berdamai

Susulan itu Caprice tampil dengan satu kenyataan balas tanda berterima kasih kepada PU Syed. Rapper tersebut menerusi satu muat naik di IG Story turut memaklumkan sudah memadam semua posting yang dibuatnya mengenai pendakwah terbabit.

Malah sebagai tanda berdamai, dia turut menjemput PU Syed untuk duduk semeja dalam meneruskan perjuangan memperbetulkan masyarakat.

“Salam terima kasih PU Syed. Cap dah padam semua posting mengenai PU Syed. Cap harap kita boleh sama-sama duduk semeja dan merapatkan saf daripada bermusuhan.

“Mari bersama-sama membetulkan umat. Love dan salam Jumaat,” tulis Caprice.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.