Rakaman Remaja Perempuan Ditampar, Tendang & Dipukul Dengan Selipar Cetus Kemarahan Orang Ramai [Video]
Pihak polis setakat ini belum menerima sebarang informasi sama ada ianya terjadi di Kota Kinabalu atau tidak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tindakan ganas seperti memukul, tendang atau sebagainya secara keterlaluan hingga menyebabkan seseorang itu merasa sakit adalah satu tingkah laku yang tidak wajar dilakukan.
Ia bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini kepada mangsa malah boleh menyebabkannya mengalami trauma.
Tular video lelaki pukul remaja perempuan
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh Neelofa menerusi Twitter yang memaparkan tindakan seorang lelaki memukul seorang remaja perempuan yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu pada mulanya menampar wajah remaja terbabit sebelum bertindak menendang dan memukulnya dengan menggunakan selipar berkali-kali.
Dengar suara remaja macam menangis
Dalam video itu juga kedengaran suara remaja perempuan berkenaan seperti menangis menahan sakit sambil memegang bahagian kepalanya yang dipukul dengan kuat.
Apa yang lebih menggeramkan apabila kedengaran suara si perakam yang ketawa semasa melihat kejadian berkenaan tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk meleraikan perkara tersebut.
Polis maklum belum terima laporan berhubung insiden itu
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah semasa dihubungi menyatakan, pihaknya tidak menerima sebarang informasi dan laporan berhubung insiden tersebut sama ada ia terjadi di Kota Kinabalu atau tidak.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, polis sedang melakukan siasatan berkenaan video yang tular itu dan meminta agar semua pihak yang mempunyai maklumat tentang hal terbabit untuk tampil memberi kerjasama.