
‘Semoga Cepat Mati’ – Remaja Tak Tahan Bapa Panas Baran, Siap Pernah Kena Ludah Di Muka Masa Umur 7 Tahun
Menurut remaja itu, ibunya juga sering menjadi mangsa maki hamun oleh bapanya di depan anak-anak yang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini, bahkan ia turut berlaku di seluruh dunia.
Ia merupakan perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Namun terkadang anak-anak juga turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga ini.
Anak luah tak tahan sikap panas baran bapa
Seperti baru-baru ini, menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @ConfessTweetMY, seorang anak meluahkan perasan kecewa dan marahnya apabila mendapat layanan buruk sejak kecil dari seorang bapa yang mempunyai sikap panas baran.
Lagi kisah keganasan rumahtangga.
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 10, 2022
Tak tahan panas baran dan kaki pukul si bapa, confessor berdoa supaya tuhan cabut nyawa bapanya secepat mungkin. pic.twitter.com/eiUTQj5VtC
Anak tersebut yang juga seorang pelajar universiti berkata, tiada suasana gelak di dalam rumah mereka setiap kali ada bapanya.
“Dia dari kecik sampailah besar, baran dia tak pernah ubah. Aku time kecil-kecil dulu memang selalu kena makan tangan dia,” luahnya.
Pernah dicampak dan diludah bapa ketika kecil
Lebih parah, dia juga pernah di campak oleh bapanya dan juga pernah diludah di bahagian muka ketika kecil dahulu.
“Aku pernah kena macam dia pusing 360 darjah nak campak aku macam superman. Umur tujuh tahun dulu aku pernah kena ludah kat muka dengan bapa aku,” luahnya lagi.
Anak malang itu yang kini sudah mencecah umur 22 tahun masih diperlakukan seperti dahulu apabila sering ditendang dan ditumbuk oleh bapanya.
Hanya dia seorang yang berani melawan bapanya apabila sudah besar
Menurutnya lagi, di dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja yang berani melawan perlakuan buruk ayahnya.
“Aku ada 5 beradik, takda seorang pun berani lawan dia kecuali aku. Aku rasa umur aku dah cukup besar untuk dia cakap elok-elok.”
Remaja terbabit yang sudah tidak tahan dengan sikap bapanya itu juga berharap supaya dia boleh keluar daripada rumah tersebut.
Ibunya turut dimaki di depan anak-anak
Lebih menyedihkan, ibunya juga tidak terlepas dari menjadi mangsa maki hamun dan cacian oleh sang ayah yang mempunyai sikap panas baran.
“Aku harap sangat aku dapat keluar dari rumah ni, Mak aku pun aku kesian, dia setiap hari bapa aku maki. Depan adik-adik aku pun dia maki.”
Anak doa semoga tuhan cabut nyawa bapanya
Akibat perasaan tidak tahan diperlakukan sebegitu, remaja terbabit juga berdoa agar tuhan mencabut nyawa bapanya secepat mungkin
Di akhir perkongsian, remaja terbabit turut meminta orang ramai mendoakan urusan pembelajarannya berjalan dengan lancar agar dia boleh bekerja dan membela nasib keluarganya yang lain.