fbpx

PRU15: MyKad Tertinggal Masa Nak Mengundi? Ini Senarai Dokumen Yang Boleh Gantikan IC

Apa-apa pun, sebelum keluar mengundi tu make sure check dokumen penting dulu ya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, pengundi awal telahpun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi semalam (5 November). Manakala bagi pengundi biasa pula, tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada Sabtu ini (19 November).

Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita semua mengundi, pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa yang harus dilakukan sekiranya anda tertinggal atau kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan diri semasa hari mengundi.

Jangan panik! Kerana selain MyKad – kad pengenalan diri, masih ada beberapa dokumen lain yang masih boleh digunakan dan diterima SPR untuk melayakkan korang mengundi.

Menerusi perkongsian yang dimuat di laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi:

Dokumen yang perlu dibawa semasa mengundi

  • Lesen Memandu
  • Pasport (buku merah)
  • Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)
  • Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN.KPPK11) (DISAHKAN JPN)

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda pada hari pengundian nanti. Semoga segala urusan pada PRU15 nanti berjalan dengan lancar.

“Marilah-mari pergi mengundi, janganlah lupa tanggungjawab pada negara.” – Lagu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.