fbpx
Now Reading
Nina Sabrina Kongsi Screenshot WhatsApp, Dedah Ismail Sabri Tak Mahu Bersama PH & Rela Dipecat

Nina Sabrina Kongsi Screenshot WhatsApp, Dedah Ismail Sabri Tak Mahu Bersama PH & Rela Dipecat

Perbualan tersebut dipercayai melibatkan Ismail Sabri bersama beberapa Ketua UMNO Bahagian antaranya Tajuddin Rahman dan Yahaya Mat Ghani@Abbas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina sebentar tadi telah berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai perbualan bapanya bersama pemimpin Umno yang lain.

Menerusi tangkap layar tersebut yang dimuat naik di Instagram Story (IGS), Ismail Sabri dilihat menentang sebarang kerjasama di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Bahkan beliau di dalam perbualan tersebut menegaskan rela dipecat dari bergabung bersama PH.

“Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH,” tulis Ismail Sabri di dalam perbualan tersebut.

Mesej beliau kemudiannya dibalas dengan positif oleh seorang individu dipercayai bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Bahkan seorang lagi individu dipercayai Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas turut bersetuju dengan pendapat beliau dan turut rela jika dipecat.

“Ya Datuk Seri Ismail Sabri, biar kita semua dipecat,” kata Abbas.

Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip

Nina di dalam muat naik sama turut meninggalkan satu nota ringkas yang berbunyi, “Biar tidak berkuasa, jangan tidak berprinsip.”

Bukan diambil dari WhatsApp Ismail Sabri

Satu yang pasti, tangkap layar tersebut bukanlah diambil dari telefon Ahli Parlimen Bera itu sendiri memandangkan kedudukan namanya berada di sebelah kiri malah mesej perbualannya tidak dilabelkan dengan warna hijau.

Meskipun ia dilihat meyakinkan kerana dikongsikan sendiri oleh Nina, kami tidak dapat memastikan sejauh manakah kesahihan tangkap layar tersebut.

Terdahulu beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan kenyataan tidak mahu bekerjasama dengan PH dan sedia dipecat antaranya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BACA ARTIKEL BERKAITAN :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.